Tuesday, June 5, 2012

:: Berkasih sayang ::


Assalamualaikum wbt..

Its June already!! Cepat jea kan masa berlalu. cuti hanya berbaki lebih kurang seminggu jea agi. tak  nak balik boley? hehe.. lebih suka duduk di rumah. tapi kan rindu pula sahabat dan teman-teman di sana.

IPGKDRI. Tema untuk bulan Jun da kluar poster. Dipost oleh saudara YDP sendiri. ;D cantek.


berkasih sayang adalah fitrah sentiap insan. ingin disayangi dan menyayangi juga saling tak tumpah dalam kehidupan kita sebagai seorang insan apatah lagi sebagai seorang remaja.

Sebagai anak, kita perlulah menyayangi kedua ibu bapa kita....
kerana tanpa mereka siapalah kita. ^^

Sebagai murid, kita perlulah menyayangi guru-guru/pensyarah/profesor/pendidik kita...
kerana tanpa mereka tidak mungkin kita tidak mengecapi ilmu sekarang

Sebagai sahabat, kita perlulah menyayangi teman yang sentiasa bersama kita ...
sayangi dan hargai mereka kerana mereka itulah penyeri kebahagian hidup di kampus

Sebagai seorang insan, kita perlulah menyayangi yang lain...
membuat kebaikan dan menghulurkan bantuan untuk meringankan beban. Haiwan juga makhluk Allah. sayangilah haiwan

Sebagai umat Nabi Muhammad S.A.W, kita perlulah menunjukkan kasih sayang kepada baginda dengan selalu berselawat kepadanya.
kerana di sana nanti baginda akan memberikan syafaat kepada kita..

Sebagai hamba Allah, kita haruslah memberi sepenuh kasih sayang dan taat setia kepadaNya
kerana Dialah yang menjadikan kita pada hari ini untuk berkhidmat sebagai khalifahNya di muka bumi ini. Teruskan perjuanganmu pada jalan yang diredhaiNya.




Nilai kasih sayang itu terlalu luas skopnya. walauapapun jangan kita terlalu menyayangi sesuatu kerana yang berhak adalah Allah SWT....




I.LOVE.ALLAH.AND.MUHAMMAD S.A.W


p/s : berkasih sayang tak semestinya untuk lelaki dan perempuan.

No comments:

Post a Comment

HRMIS - Kemaskini Diskripsi Tugas

Assalamualaikum semua. Sekarang kebanyakan penjawat akan sibuk mengisi Deskripsi Tugas di dalam HRMIS. Jadi di sini saya nak kongsikan cara ...