Selamat pagi semua. Selesai sudah mengemas,siram pokok, sapu laman. Selepas itu mengemas kotak email pula. And guess what i just realized i got email from sis Lyn. Lama tak dengar cerita since we all last met after got the SPM result.
this is the content of it. [i post on what i think can be shared]
_______________________________________________________________
Melakukan maksiat memang mengasyikkan,
kedurhakaan terlihat cantik dan mempesonakan,
lantaran syaitan menghiasinya dengan keindahan yang palsu, tidak berkekalan
justeru, berSABARlah pada menjauhi maksiat…
dan berSYUKURlah, kerana imanmu menjadi penyelamat dengan rasa malu pada-NYA.
Melaksanakan ketaatan selalu terasa berat,
ibadah bagai beban,
memelihara kesolehahan bagai mengurung , menyekat dan menyesakkan…
justeru, berSABARlah pada melakukan ketaatan…
dan berSYUKURlah, kerana imanmu membangkitkan kesedaran bahawa ALLAH itu amat dekat.
Dan, berSYUKURlah kerana ALLAH terus mendatangkan ujian cinta-NYA..
yang dengannya kita tahu bahawa kita masih memerlukan DIA
dengan berSABAR untuk meneruskan kelangsungan hidup di dunia....
tetapi, kasihanilah diri sendiri andai merasa setiap impian, hajat dan doa telah dikabulkan...
kerana bimbang, ia hanya habuan di dunia semata,
tanpa sedikit pun yang tersisa untuk kelangsungan hidup di akhirat sana.......
Umpama dua cengkerang tiram yang melindungi sebiji mutiara bergemerlapan...
begitulah SABAR dan SYUKUR…..
keduanya adalah cengkerang yang melindungi jiwamu..
agar gemerlap taqwanya mampu menjulang dirimu ke sisi Yang Maha Esa....
Mencari dan terus mencari cinta ILAHI. dan kamu berdua pasti menjumpainya. dan dengan cinta kepadaNya, moga dapat merasa nasi minyak nanti. :p
Jumpa lagi, InsyaALLAH.
______________________________________________________
Siyesly, saya rindu akak. nanti bila balik Malaysia don't forget to contact me. lots to be tell you. ;D
and about the nasi minyak, come to Terengganu, i buy it for you. ;p
No comments:
Post a Comment