Monday, June 11, 2012

Inilah dia Lelaki Maskulin Beriman



 

Aku kagum melihat seorang jejaka,
Tampannya sukar diterjemah,
Bukan dari paras rupa tapi pada akhlaknya..


Pabila AZAN dengar ditelinga,
Dialah orang pertama menujunya,
Bukan kerna SUKA SUKA tapi untuk menunaikan seruannya….
apatah lagi dia tidak seperti lelaki lain yangberbuat kerana mengambil hati kekasih hati..

Dia sabar bila ditimpa MUSIBAH,

Ujian dan dugaan..
Membuatkan IMANnya makin BERTAMBAH,

Dia lebih TAWAKAL dan juga REDHA bila USAHA telah dilakukanya…
Muamalatnya amat TERJAGA,
Pergaulan lelaki dan wanita amat DIAMBIL kira,
Kerna takut ALLAH akan menjadi MURKA dirinya juga yang kecewa..

Ilmu yang ada diKONGSIkannya,
Buat amalan manusia dan juga DIRInya,

Senyum tidak penah lekang DIMUKA apabila DAKWAH disampaikannya..

Apabila bertembung dengan MUSLIMAH,
Pasti PANDANGANnya turun ke BAWAH, bercakap hanya apabila perlu..
namun selalunya dia menggunakan perantara..

Bukan JIJIK atau apa cuma MENJAGA iman di DADA

Ibu dan Ayah diHORMATInya,
Tanda SAYANG dan juga CINTA,
Bukan kerana TERPAKSA tapi untuk mendapat REDHA TUHANnya..


_________________________________________________________________

dalam hati saya percaya bahawa masih ada lelaki seperti ini cuma persisnya sukar nak ditemui. Dan kekadang seseorang itu mampu berubah setelah menerima petunjuk dan hidayah daripada Ilahi. Dan saya telah melihat sendiri di mana seorang lelaki yang dahulunya 'kasanova' telah insaf dan menjadi seorang 'young da'ie' ..itulah panggilan teman2 yang lain. Ramai yang terkejut . ramai juga yang bersyukur kerana akhirnya dia telah mendapat hidayah itu. Ada juga yang terharu sehingga menitiskan air mata. ingat lagi ustazah Niza menitis air mata bila kami semua berjumpa dengan ustazah.:)

Berubah sepenuhnya. Dahulu selalu sahaj dia memberitahu gosip2, mesej itu, mesej ini tapi selepas itu dia sering memberikan kata nasihat dan tazkirah yang berguna. Apabila dirundung masalah, ada saja nasihat yang diberikan.

sungguh banyak hati yang tertarik dengan perwatakan barunya. Masih lagi senyuman yang sama, Peramah. namun caranya berbeza. :) tak putus-putus kata semangat diberikan. :) Peluk Islam. Bawa Islam. 

 " Kita hidup ni tak lama. kena berdakwah dan bangunkan Islam. Peluk Islam. Bawa Islam dalam hidup kita. Cintakan Rasulullah semaksima. bru gempak dunia ni!! " 

Itulah kata-kata yang diungkapkan pada saat terakhir kami bertemu masa reunion. Semua tertawa. Mana taknye, "jiwa itu " msih ada...










No comments:

Post a Comment

HRMIS - Kemaskini Diskripsi Tugas

Assalamualaikum semua. Sekarang kebanyakan penjawat akan sibuk mengisi Deskripsi Tugas di dalam HRMIS. Jadi di sini saya nak kongsikan cara ...