Friday, August 3, 2012

:: Tidak pernah sia-sia ::

Assalamualaikum wbt..

apa khabar semua? alhamdulillah asar bru sahaja berlalu. Menunggu detik masuknya azan maghrib..

isi masa dengan menulis entry di sini. sambil tengok gambar kenang-kenangan. rindunya masa dulu. sungguh.
sobs3.

kehidupan cepat saja berlalu dengan adanya masa. ya. masa itu pantas berlalu. dan dengan berlalunya msa bermakna akan berlaku pelbagai keadaan. Ku rasai alam semakin segar dan indah dengan kurniaanNya. Haiwan-haiwan riang gembira. Manusia juga turut merasai perubahannya.



tapi bagi saya, masa yang pantas berlalu juga menunjukkan lagi satu sifatnya iaitu masa semakin suntuk. semakin pendek.

Pelbagai ujian dan dugaan yang kita terima. Perit dan pedih tapi percayalah bahawa setiap perancangan Ilahi ada hikmahNya. Bersabarlah. Perancangan dan suruhan Allah tidak pernah sia-sia..

sedikit coretan kata-kata :



Muhasabah


Allah tidak pernah menciptakan hujan tanpa ada pelangi yang muncul selepasnya..
Allah tidak pernah menciptakan matahari tanpa langit yang menemaninya..
Allah tidak pernah menciptakan bulan tanpa bintang-bintang yang berada di sisi,
Allah tidak menciptakan pokok tanpa ada daun-daun/ dahan-dahan yang menghiasinya,


Allah tidak menciptakan kita tanpa kedua ibu bapa tercinta..
Allah tidak menciptakan perasaan kasih sayang t

anpa ada pasangan suami isteri untuk menyayangi dan disayangi
tanpa ibu bapa untuk anak-anak menyayangi mereka..
Ciptaan Allah adalah yang terbaik dan terhebat.
kerana Dia adalah Maha Mengetahui, Maha Kuasa, dan Maha Hebat..

Percayalah ketentuan Allah sebenarnya adalah yang terbaik buat kita.. 

cuma terkadang kita mengambil masa untuk nampak kebaikannya ke atas kita.



Semua yang berlaku, ada hikmahnya..


~Bersabarlah wahai hati, buat seketika sahaja~

No comments:

Post a Comment

HRMIS - Kemaskini Diskripsi Tugas

Assalamualaikum semua. Sekarang kebanyakan penjawat akan sibuk mengisi Deskripsi Tugas di dalam HRMIS. Jadi di sini saya nak kongsikan cara ...