Wednesday, August 1, 2012

:: Bubur Lambuk ::

Terima kasih Ya Allah atas nikmat ini
Assalamualaikum wbt.

baru sahaja selesai mengambil bubur lambuk. ya. memang makanan kegemaran especially di bulan puasa. :) dengar saja bubur lambuk mula la hormon dirembes dan *drooling. hehe..

InsyaAllah petang ni iftar di balai Islam Al-Muttaqin. bersama-sama teman-teman sekampus.

apa yang specialnya tentang bubur lambuk?? sebenarnya sangat suka makan bubur ni sebab nanti perut tidaklah terlalu berat untuk solat terawikh dan cepat hadam. Nak kurus ni. :p. sebenarnya takde kaitan  pun dengan kurus atau kecik. Sedapp . cubalah nanti.:)




cuma nak ajak semua renungkan..
bagi saya..bubur lambuk ni macam ikatan ukhwah.







untuk menghasilkan bubur lambuk yang sedap. bahan-bahan yang digunakan perlulah berkualiti. Dan juga chef yang hebat. :) dimasak dengan penuh sabar dan niat yang baik, insyaAllah kasih sayang itu akan sampai kepada orang yang menjamahnya dan mereka akan mendoakan atas maknan yang diberikan. Lagipun besar pahalanya bagi mereka yang menyediakan makanan buat orang yang berpuasa. Bukan setakat masak saja tau semua ni termasuklah beli bahan, potong bahan, basuh bahan.. tau tak penting semua ni sebab kalau tak ada yang beli bahan, macam mana nak siapkan juadah. dan kalau tak ada bahan macam mana nak masak makanan untuk berbuka. Tengok! Melimpah ruah rahmat dan pahala yang Allah kurniakan pada bulan Ramadhan ni.




Ok. berbalik kepada bubur lambuk.

Semangkuk / sebekas bubur lambuk itu ibarat kehidupan kita. Ada fish ball, sayur, santan, ikan bilis, kicap, bawang..dan macam-macam bahan lagi. *tak tahu sebab tak pernah buat. tahu makan saja :p





Begitu juga dengan ukhwah. Sebenarnya ukhwah ini seperti kita membina 'bangunan kehidupan' dengan bahan bina yang berkualiti dan utuh agar ia dapat bertahan hingga ke akhirat. Bukan semua orang faham berkenaan ukhuwah.



 Ya, kita sayang sahabat kita. Tetapi, apakah sahabat kita itu faham makna ukhuwah seperti yang kita faham? Kalau kita faham bahawa ukhuwah tertinggi adalah itsar, (melebihkan sahabat daripada diri sendiri) dan ukhuwah terendah adalah berlapang dada, apakah sahabat kita faham perkara yang sama? 


Kalau sahabat kita faham, apakah dia kuat untuk menggerakkan kefahamannya dalam amalan? ... . Ya, jangan harapkan daripada sahabat kita apa-apa. ... . 


Ya, kita perlu korbankan masa kita untuk sahabat kita. Kita korbankan ruang jiwa kita untuk sahabat kita. Kita korbankan harta kita untuk sahabat kita. Kita korban apa sahaja. Semuanya untuk ukhuwah kita.




dan semestinya kehidupan dalam bersahabat ini tidak semuanya manis. ada juga detik-detik pahit, pedih dan perit yang terpaksa dilalui. sama macam bubur lambuk, meskipun kekadang terlampau pedas, atau terlampau panas kita masih mampu menghabiskan. sebab apa?? Sebab kita suka. Sebab kita sayang. dan sebab cinta. tak berputus asa. sanggup tunggu lama sikit bagi sejuk. sanggup tahan muka merah bibir bengkak sebab pedas.



Macam tu juga ukhwah (persahabatan), jangan berputus asa. kalau kita betul-betul sayangkan dia (sahabat), cintakan dia kerana Allah. InsyaAllah kehidupan akan lebih indah. Macam makan bubur lambuk. meskipun pedas tetapi tetap sedap akhirnya. dan mengenyangkan.. :)


Setakat ini sahaja coretan saya sebelum berbuka.
Selamat Berbuka buat semua muslimin dan muslimat. :)


p/s : terasa lapar.










No comments:

Post a Comment

HRMIS - Kemaskini Diskripsi Tugas

Assalamualaikum semua. Sekarang kebanyakan penjawat akan sibuk mengisi Deskripsi Tugas di dalam HRMIS. Jadi di sini saya nak kongsikan cara ...