Alhamdulillah sudah berlalu 11 Ramadhan. Alhamdulillah kerana masih lagi diberikan kesihatan dan kekuatan untuk mengerjakan ibadat puasa. :) meskipun kerja kursus dan tugasan mula mengetuk-ngetuk mencari ruang utk masuk.
Keadaan baik. Meskipun banyak yang perlu dilalui dan ditempuhi. Tapi ini semua mematangkan diri. Betul kan? Semua ujian dan perkara yang kita lakukan sekarang sebenarnya adalah cara Allah menunjukkan kasih sayangNya kepada kita. dengan menjadikan ini lebih matang. :)
Meskipun pahit. sukar. sedih. perit. tapi percayalah ini sebenarnya adalah bunga-bunga kecintaan seorang Pencipta kepada Hambanya.
Dia nak kita dekat padaNya. Sentiasa dekat. Macam tu juga kalau masa kita ada dengan parents kita. Kita gi jauh sikit tanpa tujuan mesti akan dimarahi dan ditegur. Semua ni bukan sebab benci tapi sebenarnya mereka sayang. Ye la. anak yang 20 tahun ditatang dengan penuh kasih sayang dan manja. sape la yang tak takut kalau-kalau terjadi pape?
Same la macam kita ada Iphone yang dihadiahkan atau beli sendiri tapi sangat-sangat sayang, pasti kita jaga dengan baik kan.. takut jea tercalar. lepas pegang mesti akan lap dengan kain khas bukan sebarangan. Simpan dengan kemas. Pegang dengan erat. Tak gitu?
Percayalah pada ketentuanNya.. :) |
Oleh itu, pada yang sedang melalui masa-masa yang pahit.perit.sedih.sukar.sibuk katakanlah pada hati kita
“Ya Allah, aku layak diuji. Aku hanya hambaMu. Di sebalik ujian ini aku yakin ada kebaikannya. Cuma kerana kelemahan dan kejahilanku aku belum nampak wahai Tuhan. Namun aku tetap yakin di sebalik semua ini tetap ada kasih sayangMu.”
— UstazPahrol Mohamad Juoi
InsyaAllah dapat sedikit sebanyak membantu meringankan beban kerana Allah itu Maha Pengasih dan Penyayang.
Percayalah.
Selamat Beramal
dan
Selamat Berbuka Puasa.
Percayalah.
Selamat Beramal
dan
Selamat Berbuka Puasa.
No comments:
Post a Comment