Saturday, June 28, 2014

:: It's a Date::

Assalamualaikum wbt. Apa khabar semua? Selamat berhujung minggu. 

Hanya beberapa jam lagi sebelum bertemu dengan kekasih hati. Lama menanti. Tak sabar rasanya nak bertemu dengannya.Setahun lamanya menghilang, kini Allah berikan peluang untuk ia hadir kembali dalam hidupku.  Bila bertemu nanti, insyaAllah akan diluangkan masa sepenuhnya. Tak nak lagi main-main. Perlu serius dalam hubungan ini.

Rasa gembira sangat-sangat tak boleh nak digambarkan. Apatah lagi, bila lagu kenangan antara kami dimainkan hampir setiap hari kini. hehe.. Baju baru pun dah ada. Alhamdulillah, tambah semangat. Betul lah kalau orang kata " Tak kenal maka tak cinta, bila cinta makin bertambah bahagia"

Amboii.. berangan sakan.. maaf la. Excited sangat sebenarnya menanti Ramadhan. 

Ahlan wasahlan ya Ramadhan



Bersempena Ramadhan kali ini, Hana nak kongsikan tips bagaimana nak kekal bertenaga dan bersemangat sepanjang Ramadhan .

1. Bangun bersahur.

Dari Anas Bin Malik r.a, Rasulullah s.a.w bersabda:Bersahurlah kerana pada sahur itu terdapat keberkatan.(HR: al-Bukhari)

Rasululullah saw juga menekankan kepada kita untuk bangun bersahur kerana ini yang membezakan puasa orang kita dengan puasa ahl al-Kitab (H.R Muslim)



2. Tidur Qailulah

Apa itu? Tidur Qailulah sebenarnya adalah tidur sebentar sebelum solat zohor. Tak perlu lama. Cuma sebentar. selalu Hana dapat lelap 5-10 minit. Ini sudah cukup untuk buatkan Hana rasa segar untuk hari selebihnya.

Sebenarnya ini juga memudahkan kita untuk bangun malam mengerjakan amal ibadat.

Tetapi janganlah pula kita menghabiskan waktu siang dengan tidur sepanjang hari. Dah nak masuk waktu berbuka baru bangun. Sebenarnya ini akan membuatkan badan berasa lemah.

Anda tak percaya? Cuba anda buat dan rasai perbezaannya.



3. Segerakan berbuka

Tau tak anda, Rasulullah saw sangat menggalakkan kita untuk menyegerakan berbuka. dan perbuatan melambat-lambatkan berbuka puasa adalah dilarang. Tetapi ramai yang memandang isu ini sebelah mata.

Terdapat kebaikan bagi orang yang dah menahan lapar dan dahaga dengan kesegeraan berbuka puasa. *Hana tak ingat dari mana.

dan sebaik-baiknya berbuka dimulakan dengan makan benda yang manis seperti kurma.
Ikut sunnah dapat pahala. ^_^ Jangan masuk sahaja maghrib terus teguk air sejuk sampai bergelas-gelas. Terkejut perut nanti.

Lagipun tak bagus untuk mereka yang menjaga kesihatan dan menjaga badan. Nanti perut buncit.



4.Lazimkan diri dengan zikrullah dan ibadat sunat

Ramadhan adalah bulan yang mulia. Segala kebaikan mendapat ganjaran pahala. Jadi, mengapa tidak kita rebut peluang yang Allah berikan ini untuk meningkatkan amal ibadah kita.

Terdapat pelbagai cara untuk mencari bekalan pahala ke sana. Cuma antara mahu atau tidak.
Alangkah indahnya jika Ramadhan ini kita mampu mengkhatam al-Quran, alangkah indahnya jika zikir sentiasa meniti di bibir. Tarawikh. Senang cerita Tak payah buat semua ini. Tak payah tu maknanya tak susah. :)

nanti Hana kongsikan cara untuk membiasakan diri dengan ini. InsyaAllah, ini adalah dari apa yang Hana dapat daripada group Usahawan Shaklee kami. Kami bukan sekadar berbincang tentang bisnes tetapi banyak pengisian rohani yang Hana pelajari.

Banyak yang telah berjaya mengubah diri Hana menjadi lebih baik dari sebelumnya. InsyaAllah, moga terus istiqamah.



5. Banyakkan minum air kosong

Ramadhan ini semestinya kita tidak boleh minum di siang hari. Tetapi air penting dalam penjagaan kesihatan. Berpuasa seharian membuatkan badan kita kekurangan air. Bila air berkurangan, mulalah yang lain datang. Batuk, pening...

Jadi tips Hana mudah. Sediakan botol air 3 liter atau 3 botol air satu liter. Semasa berbuka, minum air dan makan kurma. Selepas maghrib, makan juadah berbuka dan minum air lagi. Sebelum isya' boleh minum sementara menunggu waktu. Sebaiknya bawa air untuk diminum ketika tarawikh juga.

Kalau payah, pastikan balik tarawikh minum air segelas dua. dan1 jam sebelum tidur pun minum lagi..
payah? sebenarnya tak payah. mungkin awal-awal tu ambil masa juga untuk membiasakan diri. dan Hana nak nasihatkan jangan paksa diri minum berteguk-teguk tanpa henti. Mula lah perut kembung dan rasa kurang selesa nanti. Pastu dah malas nak ikut jadual.

3 teguk
Cuba amalkan ini. Setiap 3 kali teguk berhenti sekejap. dan setiap teguk mulakan dengan bismillah dan akhiri dengan alhamdulillah. sambil tu, doakan moga Allah berikan kesihatan dan kekuatan dalam menempuhi Ramadhan ini. InsyaAllah berhasil.

Jika ada vitamin C, boleh diambil selepas berbuka. Dapat bantu untuk kawal suhu badan dan jaga kesihatan sepanjang Ramadhan. InsyaAllah. Di sini Hana juga ada kongsi manfaat air kosong kepada kita.


ok. sampai sini sahaja dulu. Di kesempatan ini juga Hana nak memohon maaf kepada semua di atas salah dan silap yang pernah Hana lakukan. Andai ada yang terguris perasaan dan terkecil hati, Hana minta maaf. Hana manusia biasa. InsyaAllah, Hana doakan moga kita semua beroleh kesempatan dan keberkatan dalam Ramadhan kali ini..



Jika anda rasa entry ini bermanfaat dan dapat memberikan manfaat kepada yang lain, anda boleh klik like dan share. :) Bersama kita membuat kebaikan sepanjang Ramadhan ini. Andai ini Ramadhan terakhir kita. InsyaAllah, moga beroleh berkat.

Tuesday, June 24, 2014

:: Berdebar ::

Assalamualaikum wbt. 
Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT. Begitu banyak nikmat yang kita perolehi pada hari ini semuanya adalah kerana Dia. Memang banyak-banyak bersyukur. Dan syukur juga akhirnya penantian sudah berakhir.
RESULT EXAM SEMESTER 7 dah keluar. 

Awal-awal pagi lagi, jiran depan menjerit "dah boleh check result". Terus seram sejuk tangan kaki semua.
Sangat berdebar. Ambil masa sekejap. Tarik nafas. Baca bismillah dan terus key in benda yang perlu.

*jeng.jeng.jeng..

Alhamdulillah. 

Banyak perkara yang dilalui semester lepas. Banyak dugaan dan ujian. Dugaan yang sememangnya menggoncang mood nak study. Subjek Kajian Tindakan serta subjek Bimbingan dan Kaunseling pun sememangnya cukup mencabar. Hafalan. Sudah cukup membuatkan hati jantung semua berdebar. Lebih suka bermain dengan nombor dan simbol. *cikgu matematik otak kiri.


Meskipun tidak mencapai keputusan yang diinginkan, tetapi jangan pernah berputus harapan. Selalu cakap pada diri. Ada hikmahnya di sebalik sesuatu yang terjadi. Satu semester lagi. Terus usaha. Be positive. Anda boleh. Saya boleh. Kita boleh. Percayalah Allah itu adalah Maha Pemurah. Jika semester lepas kita tidak dapat yang kita impikan, insyaAllah rezeki kita di masa hadapan pula. 

"Sesungguhnya Allah memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya dengan tidak terhitung jumlah nya. (Ali 'Imran 3:37)



Di sini juga Hana nak ucapkan tahniah kepada 

#semua kawan-kawan sepengajian dan kawan-kawan IPG kerana kita masing-masing LULUS UNTUK MENERUSKAN PENGAJIAN.

#dan Tahniah juga kepada roomate tersayang, you nailed it.

# Farah Liyana. Adik kecik atas keputusan yang cemerlang. I'm proud of you.. sayang adik ketat-ketat..


Semester ni banyak amanah yang diberi. InsyaAllah akan dilaksanakan sebaik mungkin. :)

Lebih banyak memberi dan menghargai yang lain. #101


Monday, June 23, 2014

:: Final Chapter ::

Assalamualaikum wbt..

Apa khabar semua? Semoga semua sentiasa dilimpahi rahmatnya.
Alhamdulillah, selamat sampai di IPG KDRI in a complete piece.

The Final Chapter
maaf la terlewat mengupdate disini.

yup. bermulanya kuliah tepat pada 22 Jun lepas merupakan permulaan Hana dalam semester akhir.
The final chapter. Dah nak tamat rupanya.  Kisah 5 tahun setengah ini bakal berakhir tidak lama lagi.

Semestinya nanti bakal merindui teman-teman ipg, pensyarah-pensyarah dan juga anak-anak murid di Terengganu.
especially, rumate tersayang yang sekarang sudah bertukar status Puan. dan paling tak boleh dilupakan nanti ialah classmates yang happening.
Serius, memang banyak kisah suka, geram, manis, masin dengan clasmates.

Bermulanya semester akhir ini juga menunjukkan bahawa bermulanya tanggungjawab Hana selalu Penolong Ketua Unit. merangkap penolong ketua kelas.

Semua rakan-rakan yang lain dah menempuhi susah senang, kini giliran Hana pula untuk memegang amanah ini. InsyaAllah, amanah ini akan dilaksanakan sebaik mungkin.Mungkin inilah ruang dan peluang yang Allaha beri untuk Hana teruskan misi untuk terus menyumbang dalam membantu yang lain.

Jujurnya, memang nervous sangat. Sebab langsung tak tahu apa yang perlu dibuat. Nak gi mana dulu ni? Nak kena buat apa ni?memang kelakar pada awalnya. ye la. Tanya itu ini.

Minggu ini juga ada sambutan Hari Guru. Tak sabar rasanya nak join sambutan dan create beautiful memories dalam Final Chapter ni..

maaf update sampai sini dulu. Rasa kurang sihat sikit.







Friday, June 20, 2014

:: Ramadhan datang lagi ::

Assalamualaikum wbt semua.
Apa khabar semua? Semoga semua sentiasa sihat dan ceria.

Hanya tinggal 8 hari sahaja lagi untuk kita sama-sama mengucapkan ahlan wasahlan ya ramadhan...
Seronoknya.. tak sabar nak lepaskan rindu pada Ramadhan. Bulan penuh keberkatan ini. Bulan ibadah. Bulan mencari dan mengumpul pahala sebagai bekal di sana nanti. InsyaAllah..

Dan insyaAllah, internship nanti hana akan berada di sekolah selama sebulan. Mesti seronok melihat gelagat anak-anak kecil berpuasa. InsyaAllah, anak-anak murid cikgu pasti boleh.
Yakin boleh.

Ramadhan nanti pasti isu sahur dan juadah berbuka akan menjadi topik utama. Terutamanya bagi hana yang masih menetap di hostel. Hostel kami tiada dapur. Jadi, pastinya angan-angan untuk makan lauk panas-panas semasa bersahur akan menjadi angan-angan..

Lauk yang dipanaskan insyaAllah mungkin boleh dapat dengan bantuan rice cooker. Tapi tidak ada lagi telur mata kerbau makan pagi2 dan ikan pekasam kesukaan hana.

Takpe2.. sabar-sabar. Penghujung Ramadhan nanti kita balik dan masak ya..

Alhamdulillah Hana dah jumpa solusi hana. Jika sebelum ini, selalunya hana berpuasa sunat bersahur dengan ESP ni je. Mudah dan cepat. :)

Dan tahan sehingga waktu berbuka. Alhamdulillah,  badan rasa bertenaga dan ringan je pergi kuliah. Takde rasa mengantuk atau letih pun.  Dan selalunya masa berbuka Hana makan sedikit sahaja, insyaAllah, nanti nak cuba mulakan kembali habit berbuka masa di sekolah dulu.

Masa sekolah dulu..
Berbuka dengan kurma dan air. Kemudian solat maghrib. Selesai solat baru makan malam dan menghadap makanan juadah berbuka perlahan-lahan sambil tunggu masuk isya'.

Serious, rasa senang, tenang. Senang sebab masa solat takdela perut rasa senak sebab masuk makanan banyak-banyak terus. Tenang sebab tak perlu berkejar2 untuk solat berjemaah di surau..

Hana nanti nak order performance drink sebagai tambahan. Sebab bantu gantikan balik air yang hilang dan seimbangkan apa yang perlu. ESP ada lagi. Tapi nampak macam kena get ready stock juga sebab sebulan puasa macam tak sempat pula.

Kalau ada yang berminat nak cuba dan join Hana untuk order set Mighty 3 Gems ni boleh pm Hana atau whatsapp/sms/telegram.

Yang nak bertanya tentang perkara atau hal lain pun boleh. InsyaAllah, yang mana Hana mampu bantu Hana akan bantu.

Baiklah. Nak sambung mengemas barang untuk balik memulakan semester baru. TAHUN AKHIR. Moga berjumpa lagi.

Terima kasih sebab sudi singgah dan baca entry di sini..

Sunday, June 15, 2014

#1 Tujuh tanda kebahagiaan dunia

Assalamualaikum wbt. Apa khabar semua?

1. Berbahagia dengan hati yang selalu bersyukur
2. Berbahagia menjadi pasangan yang soleh dan solehah
3. Berbahagia mendapat anak yang baik
4. Berbahagia menetap dan dikelilingi persekitaran yang baik
5. Berbahagia mendapat harta yang halal
6. Berbahagia apabila memahami agama
7. Berbahagia apabila umurnya berkat

Friday, June 13, 2014

:: Salam Nisfu Syaaban::

Assalamualaikum wbt. Apa khabar smua? Dan salam nisfu syaaban.

Hari ini Hana nak share kisah semalam. Semalam selesai bacaan yassin secara berjemaah, Hana lihat 2 orang anak muda dihadapan Hana. Umur mungkin sebaya Hana atau lebih muda. Apa yang membuatkan Hana tertarik kepada mereka adalah perbualan mereka.

Hana tidak dapat mendengar keseluruhannya tetapi apa yang hana pasti semuanya bermula daripada puasa sunat nisfu syaaban.

Si A menceritakan tentang masakan emaknya yang baru mereka makan semasa berbuka tadi. Tiba2 si B berkata "eleh, hg posa baru harini. Ikhlas ka dak ni? Posa ganti ka posa sunat?

Si A : Puasa sunat la. Esok nisfu syaaban. Hg tak tau ka?

Si B : Tau. Tapi tak wajib posa kan?

Si A : Memang la tak wajib. Tapi dapat pahala buat benda sunat.

Si B : Hg macam nak bodek Allah je. Aku nak buat tapi takda la sampai nak jadi macam hg. Bodek ja keja. Ikhlas dak weh?Buat sebab Allah bukan sebab nisfu syaaban ja

Menyedari suara mereka sedikit kuat berbual tentang itu akhirnya mereka perlahankan suara.

Perbualan mereka meskipun Hana dengar singkat dan ada nada gurauan tetapi cukup untuk memberi Hana kesedaran.

Ya. Kekadang pernah juga Hana berjumpa atau terdengar perkara sebegini. Dan hari ini membawa hana berfikir jauh lebih mendalam.

Ikhlas semata-mata kerana Allah.

Ikhlas.. satu yang sukar dicapai. Ada pepatah pernah mengatakan bahawa mencari keikhlasan itu umpama mencari semut hitam di atas batu yang hitam pada malam yang gelap. Sesukar itu. 

Keikhlasan adalah sesuatu yang sukar dikecapi seperti juga dengan kekhusyukan dalam beribadat kepada Allah. Tetapi nescaya sudah dijumpai, akan menjadi insan yang paling gembira. Insan yang paling bahagia.

Hana akui hana manusia biasa. Dan manusia biasa seperti Hana terkadang melakukan sesuatu semata-mata mengharapkan pahala dan syurga Allah. Semata-mata kerana Allah? Terasa jauh dan kerdil sekali diri ini.Ya Allah.. bermuhasabah sebentar..


Bercakap tentang isu perbualan ini, hana pernah mendengar  tentang hal seperti "Alah, ni sunat je. Nanti2 aku buatla.. Islam mana ada paksa2.. biar buat atas kerelaan hati. Rasulullah tak pernah pun paksa penduduk Mekah peluk Islam kan?

Fuh, memang time ni memang terdiam Hana dibuatnya.

Yup. Dalam Islam memang tiada paksaan. Tetapi pada pendapat Hana, untuk menjadikan sesuatu itu kebiasaan, perlu ada sedikit keterpaksaan.

Hana tidak tahu bagaimana dengan pembaca yang lain. Untuk mempunyai kerelaan hati bagi menunaikan solat fardhu 5 waktu sehari pun Hana 'dipaksa'. Semasa kecil setiap kali waktu solat ayah akan ajak solat berjemaah. Dan selalunya waktu maghrib dan subuh adalah masa yang paling berat untuk solat.


Masa kecilku.

Maghrib selalu berat kerana cerita kegemaran sedang ditayangkan di TV. Belum termasuk cerita kartun doraemon dan sebagainya dan waktu subuh kerana sayangnya nak tinggalkan katil yang empuk. Sedap tidur diulit mimpi. Ingat lagi, waktu maghrib ayah akan bersedia dengan rotannya. Tepat je azan habis, siapa yang tak mandi dan get ready untuk solat akan kenalah.


Habis dirotan.

Tetapi bukan kami adik beradik. Ayah akan selalu mengacah (pura-pura) dengan merotan kuat pada pintu. Dan bunyi ini cukup untuk membuatkan kami adik beradik yang duduk di depan TV lari lintang-pukang mencari bilik air. Time ni memang akan mula lah adegan berebut bilik air. Hehe..

Tetapi kini Hana berterima kasih kepada ayah dan emak. Daripada 'dipaksa' semasa kecil dulu, kini alhamdulillah kesedaran dan kerelaan hati itu hadir. Alhamdulillah walaupun macam ni, sekalipun tidak pernah lagi dirotan. Kini, rotan tu pun dah jadi legend.

Dan Hana kagum pada mereka yang tak perlu 'dipaksa' seperti Hana. Tahniah! Anda manusia berjiwa hebat.

Nisfu syaaban pada kali ini adalah masa untuk memulakan lembaran buku baru dengan lebih baik daripada sebelumnya. Jika sebelum ini kita tidak ingat pada Allah, belum cukup menjadi hambaNya, why not kita jadikan ini sebagai turning point kita. To be a better muslim. Dan disayangi Allah.


Biarlah orang kata kita bodek Allah atau apa. ALLAH  bukannya suruh kita buat benda pelik-pelik. Allah suruh kita jadi orang baik. Yang penting kita buat untuk menjadi lebih dekat dengan Allah. Banyak peluang yang Allah bukakan dan beri kepada kita. Tetapi sejauh manakah usaha kita untuk merebutnya? 

Tepuk dada tanya iman. Dia Maha Pencipta yang Maha Besar dan Maha Kuasa. Moga Allah sayang, moga Allah redha.

Salam Nisfu Syaaban kepada semua.

Wednesday, June 11, 2014

:: Kahwin, photoshoot dan oh tidak sunburn... ::

Assalamualaikum wbt.

Apa khabar semua? semoga sentiasa dirahmati Allah selalu.

Hari ni dah 11 Jun. Sekejap je masa berlalu. Cuti masih berbaki 2 minggu lagi.
dan alhamdulillah, sehingga kini ramai sudah sahabat-sahabat yang dah selamat membina masjid.

8 Jun lepas, Hana ke Sungai Petani. Attend kenduri klasmates matematik. Nurul Syazwani & Firdaus Khir.

Kenduri ni dekat Kg Jawa. Jadi, nak ke sana Hana tumpang sahabat Hana, Azimah Rahman. Hana, Azimah dan juga adik matematik kami, Farah Solehah.

Bertiga. memang meriah la sepanjang perjalanan tot.tet.tot.tet.. sembang-sembang isi masa. Alhamdulillah, tepat jam 12 kami selamat sampai ke rumah pengantin.

dan sebab di kampung suasana bergotong-royong tu masih ada. Meriah suasana.
yang tak boleh dilupakan dan seronoknya adalah time mula-mula sampai ke rumah pengantin, DJ sedang mainkan lagu dan mengalu-alukan kedatangan tetamu.

dan rakan-rakan Hana yang dari Terengganu, kebanyakannya tak pernah menghadiri kenduri seperti ini. Mungkin ini yang dikatakan keunikkan kenduri kahwin di Kedah.
*sambil nyanyi lagu "Negeri Kedah kebanggaanku..Hijau kuning lambang negeriku"


Suasana meriah.

Selesai makan, kami berjumpa pengantin. Sempat berkongsi ilmu fotografi dengan Atieqah Jalani,merangkap photographer of the day.
Fuh, rasa macam jadi photographer wedding lak. Suruh pose itu ini.





Selesai kenduri kami ke bendang (sawah padi).

ramai teringin nak bergambar di bendang. so, memang macam rusa masuk kampung jumpa bendang.
Pose sana sini. Jalan naik batas (lorong sawah) ramai-ramai .Selfie beramai-ramai..

dengan matahari terpacak di atas kepala, fuhh... memang pejam celik mata. Silauuu...
memang habis burn. boleh rasa bahang sunburnnya..

tapi tetap dilayan juga feeling-feeling photoshoot tepi sawah..




 



habis sunburn muka. baru ingat nak cerahkan sikit cuti ni.hehe

and then baru ingat, Vitamin E kesayanganku.

sebelum tido, terus ambil vitamin E dan jadikan sebagai mask. moga cepat baik ^_^

nak tahu manfaat vitamin E pada kita, bleh tengok sini

HRMIS - Kemaskini Diskripsi Tugas

Assalamualaikum semua. Sekarang kebanyakan penjawat akan sibuk mengisi Deskripsi Tugas di dalam HRMIS. Jadi di sini saya nak kongsikan cara ...