Assalamualaikum wbt. Apa khabar smua? Dan salam nisfu syaaban.
Hari ini Hana nak share kisah semalam. Semalam selesai bacaan yassin secara berjemaah, Hana lihat 2 orang anak muda dihadapan Hana. Umur mungkin sebaya Hana atau lebih muda. Apa yang membuatkan Hana tertarik kepada mereka adalah perbualan mereka.
Hana tidak dapat mendengar keseluruhannya tetapi apa yang hana pasti semuanya bermula daripada puasa sunat nisfu syaaban.
Si A menceritakan tentang masakan emaknya yang baru mereka makan semasa berbuka tadi. Tiba2 si B berkata "eleh, hg posa baru harini. Ikhlas ka dak ni? Posa ganti ka posa sunat?
Si A : Puasa sunat la. Esok nisfu syaaban. Hg tak tau ka?
Si B : Tau. Tapi tak wajib posa kan?
Si A : Memang la tak wajib. Tapi dapat pahala buat benda sunat.
Si B : Hg macam nak bodek Allah je. Aku nak buat tapi takda la sampai nak jadi macam hg. Bodek ja keja. Ikhlas dak weh?Buat sebab Allah bukan sebab nisfu syaaban ja
Menyedari suara mereka sedikit kuat berbual tentang itu akhirnya mereka perlahankan suara.
Perbualan mereka meskipun Hana dengar singkat dan ada nada gurauan tetapi cukup untuk memberi Hana kesedaran.
Ya. Kekadang pernah juga Hana berjumpa atau terdengar perkara sebegini. Dan hari ini membawa hana berfikir jauh lebih mendalam.
Ikhlas semata-mata kerana Allah.
Ikhlas.. satu yang sukar dicapai. Ada pepatah pernah mengatakan bahawa mencari keikhlasan itu umpama mencari semut hitam di atas batu yang hitam pada malam yang gelap. Sesukar itu.
Keikhlasan adalah sesuatu yang sukar dikecapi seperti juga dengan kekhusyukan dalam beribadat kepada Allah. Tetapi nescaya sudah dijumpai, akan menjadi insan yang paling gembira. Insan yang paling bahagia.
Hana akui hana manusia biasa. Dan manusia biasa seperti Hana terkadang melakukan sesuatu semata-mata mengharapkan pahala dan syurga Allah. Semata-mata kerana Allah? Terasa jauh dan kerdil sekali diri ini.Ya Allah.. bermuhasabah sebentar..
Bercakap tentang isu perbualan ini, hana pernah mendengar tentang hal seperti "Alah, ni sunat je. Nanti2 aku buatla.. Islam mana ada paksa2.. biar buat atas kerelaan hati. Rasulullah tak pernah pun paksa penduduk Mekah peluk Islam kan?
Fuh, memang time ni memang terdiam Hana dibuatnya.
Yup. Dalam Islam memang tiada paksaan. Tetapi pada pendapat Hana, untuk menjadikan sesuatu itu kebiasaan, perlu ada sedikit keterpaksaan.
Hana tidak tahu bagaimana dengan pembaca yang lain. Untuk mempunyai kerelaan hati bagi menunaikan solat fardhu 5 waktu sehari pun Hana 'dipaksa'. Semasa kecil setiap kali waktu solat ayah akan ajak solat berjemaah. Dan selalunya waktu maghrib dan subuh adalah masa yang paling berat untuk solat.
Masa kecilku.
Maghrib selalu berat kerana cerita kegemaran sedang ditayangkan di TV. Belum termasuk cerita kartun doraemon dan sebagainya dan waktu subuh kerana sayangnya nak tinggalkan katil yang empuk. Sedap tidur diulit mimpi. Ingat lagi, waktu maghrib ayah akan bersedia dengan rotannya. Tepat je azan habis, siapa yang tak mandi dan get ready untuk solat akan kenalah.
Habis dirotan.
Tetapi bukan kami adik beradik. Ayah akan selalu mengacah (pura-pura) dengan merotan kuat pada pintu. Dan bunyi ini cukup untuk membuatkan kami adik beradik yang duduk di depan TV lari lintang-pukang mencari bilik air. Time ni memang akan mula lah adegan berebut bilik air. Hehe..
Tetapi kini Hana berterima kasih kepada ayah dan emak. Daripada 'dipaksa' semasa kecil dulu, kini alhamdulillah kesedaran dan kerelaan hati itu hadir. Alhamdulillah walaupun macam ni, sekalipun tidak pernah lagi dirotan. Kini, rotan tu pun dah jadi legend.
Dan Hana kagum pada mereka yang tak perlu 'dipaksa' seperti Hana. Tahniah! Anda manusia berjiwa hebat.
Nisfu syaaban pada kali ini adalah masa untuk memulakan lembaran buku baru dengan lebih baik daripada sebelumnya. Jika sebelum ini kita tidak ingat pada Allah, belum cukup menjadi hambaNya, why not kita jadikan ini sebagai turning point kita. To be a better muslim. Dan disayangi Allah.
Biarlah orang kata kita bodek Allah atau apa. ALLAH bukannya suruh kita buat benda pelik-pelik. Allah suruh kita jadi orang baik. Yang penting kita buat untuk menjadi lebih dekat dengan Allah. Banyak peluang yang Allah bukakan dan beri kepada kita. Tetapi sejauh manakah usaha kita untuk merebutnya?
Tepuk dada tanya iman. Dia Maha Pencipta yang Maha Besar dan Maha Kuasa. Moga Allah sayang, moga Allah redha.
Salam Nisfu Syaaban kepada semua.
No comments:
Post a Comment