Saturday, June 28, 2014

:: It's a Date::

Assalamualaikum wbt. Apa khabar semua? Selamat berhujung minggu. 

Hanya beberapa jam lagi sebelum bertemu dengan kekasih hati. Lama menanti. Tak sabar rasanya nak bertemu dengannya.Setahun lamanya menghilang, kini Allah berikan peluang untuk ia hadir kembali dalam hidupku.  Bila bertemu nanti, insyaAllah akan diluangkan masa sepenuhnya. Tak nak lagi main-main. Perlu serius dalam hubungan ini.

Rasa gembira sangat-sangat tak boleh nak digambarkan. Apatah lagi, bila lagu kenangan antara kami dimainkan hampir setiap hari kini. hehe.. Baju baru pun dah ada. Alhamdulillah, tambah semangat. Betul lah kalau orang kata " Tak kenal maka tak cinta, bila cinta makin bertambah bahagia"

Amboii.. berangan sakan.. maaf la. Excited sangat sebenarnya menanti Ramadhan. 

Ahlan wasahlan ya Ramadhan



Bersempena Ramadhan kali ini, Hana nak kongsikan tips bagaimana nak kekal bertenaga dan bersemangat sepanjang Ramadhan .

1. Bangun bersahur.

Dari Anas Bin Malik r.a, Rasulullah s.a.w bersabda:Bersahurlah kerana pada sahur itu terdapat keberkatan.(HR: al-Bukhari)

Rasululullah saw juga menekankan kepada kita untuk bangun bersahur kerana ini yang membezakan puasa orang kita dengan puasa ahl al-Kitab (H.R Muslim)



2. Tidur Qailulah

Apa itu? Tidur Qailulah sebenarnya adalah tidur sebentar sebelum solat zohor. Tak perlu lama. Cuma sebentar. selalu Hana dapat lelap 5-10 minit. Ini sudah cukup untuk buatkan Hana rasa segar untuk hari selebihnya.

Sebenarnya ini juga memudahkan kita untuk bangun malam mengerjakan amal ibadat.

Tetapi janganlah pula kita menghabiskan waktu siang dengan tidur sepanjang hari. Dah nak masuk waktu berbuka baru bangun. Sebenarnya ini akan membuatkan badan berasa lemah.

Anda tak percaya? Cuba anda buat dan rasai perbezaannya.



3. Segerakan berbuka

Tau tak anda, Rasulullah saw sangat menggalakkan kita untuk menyegerakan berbuka. dan perbuatan melambat-lambatkan berbuka puasa adalah dilarang. Tetapi ramai yang memandang isu ini sebelah mata.

Terdapat kebaikan bagi orang yang dah menahan lapar dan dahaga dengan kesegeraan berbuka puasa. *Hana tak ingat dari mana.

dan sebaik-baiknya berbuka dimulakan dengan makan benda yang manis seperti kurma.
Ikut sunnah dapat pahala. ^_^ Jangan masuk sahaja maghrib terus teguk air sejuk sampai bergelas-gelas. Terkejut perut nanti.

Lagipun tak bagus untuk mereka yang menjaga kesihatan dan menjaga badan. Nanti perut buncit.



4.Lazimkan diri dengan zikrullah dan ibadat sunat

Ramadhan adalah bulan yang mulia. Segala kebaikan mendapat ganjaran pahala. Jadi, mengapa tidak kita rebut peluang yang Allah berikan ini untuk meningkatkan amal ibadah kita.

Terdapat pelbagai cara untuk mencari bekalan pahala ke sana. Cuma antara mahu atau tidak.
Alangkah indahnya jika Ramadhan ini kita mampu mengkhatam al-Quran, alangkah indahnya jika zikir sentiasa meniti di bibir. Tarawikh. Senang cerita Tak payah buat semua ini. Tak payah tu maknanya tak susah. :)

nanti Hana kongsikan cara untuk membiasakan diri dengan ini. InsyaAllah, ini adalah dari apa yang Hana dapat daripada group Usahawan Shaklee kami. Kami bukan sekadar berbincang tentang bisnes tetapi banyak pengisian rohani yang Hana pelajari.

Banyak yang telah berjaya mengubah diri Hana menjadi lebih baik dari sebelumnya. InsyaAllah, moga terus istiqamah.



5. Banyakkan minum air kosong

Ramadhan ini semestinya kita tidak boleh minum di siang hari. Tetapi air penting dalam penjagaan kesihatan. Berpuasa seharian membuatkan badan kita kekurangan air. Bila air berkurangan, mulalah yang lain datang. Batuk, pening...

Jadi tips Hana mudah. Sediakan botol air 3 liter atau 3 botol air satu liter. Semasa berbuka, minum air dan makan kurma. Selepas maghrib, makan juadah berbuka dan minum air lagi. Sebelum isya' boleh minum sementara menunggu waktu. Sebaiknya bawa air untuk diminum ketika tarawikh juga.

Kalau payah, pastikan balik tarawikh minum air segelas dua. dan1 jam sebelum tidur pun minum lagi..
payah? sebenarnya tak payah. mungkin awal-awal tu ambil masa juga untuk membiasakan diri. dan Hana nak nasihatkan jangan paksa diri minum berteguk-teguk tanpa henti. Mula lah perut kembung dan rasa kurang selesa nanti. Pastu dah malas nak ikut jadual.

3 teguk
Cuba amalkan ini. Setiap 3 kali teguk berhenti sekejap. dan setiap teguk mulakan dengan bismillah dan akhiri dengan alhamdulillah. sambil tu, doakan moga Allah berikan kesihatan dan kekuatan dalam menempuhi Ramadhan ini. InsyaAllah berhasil.

Jika ada vitamin C, boleh diambil selepas berbuka. Dapat bantu untuk kawal suhu badan dan jaga kesihatan sepanjang Ramadhan. InsyaAllah. Di sini Hana juga ada kongsi manfaat air kosong kepada kita.


ok. sampai sini sahaja dulu. Di kesempatan ini juga Hana nak memohon maaf kepada semua di atas salah dan silap yang pernah Hana lakukan. Andai ada yang terguris perasaan dan terkecil hati, Hana minta maaf. Hana manusia biasa. InsyaAllah, Hana doakan moga kita semua beroleh kesempatan dan keberkatan dalam Ramadhan kali ini..



Jika anda rasa entry ini bermanfaat dan dapat memberikan manfaat kepada yang lain, anda boleh klik like dan share. :) Bersama kita membuat kebaikan sepanjang Ramadhan ini. Andai ini Ramadhan terakhir kita. InsyaAllah, moga beroleh berkat.

No comments:

Post a Comment

HRMIS - Kemaskini Diskripsi Tugas

Assalamualaikum semua. Sekarang kebanyakan penjawat akan sibuk mengisi Deskripsi Tugas di dalam HRMIS. Jadi di sini saya nak kongsikan cara ...