Wednesday, June 4, 2014

:: Manfaat air kosong kepada kesihatan diri ::

assalamualaikum wbt. Selamat pagi semua. ^_^

dah sarapan? jika sudah alhamdulillah, jika belum boleh dah slow2 cari makanan untuk breakfast. Penting tau breakfast tu. Its a kickstart for a better day.

Hari ni pagi-pagi lagi balas whatsapp BFTJ. Siap tanya resepi agi. Resepi ayam goreng berempah. hehe. senang je. rindu sangat la tu nak makan ayam goreng berempah kitew kan. haha.. gurau2.

biasa-biasa je rasa die. but the simplest thing. mudah sangat. Nak tau? kalau sape yang nak tahu bleh komen kat bawah. Nanti Hana emel or sharekan dengan semua.

okay. lama dah tak buat perkongsian dari segi kesihatan. Bila tengok keadaan cuaca dan que di klinik selalu je panjang, rasa macam nak kongsikan dengan semua. This thing may look simple dan maybe semua dah tahu. macam Hana juga kekadang tu tahu tapi tak buat. Tak guna juga kan? tapi tu dulu. sekarang ni bila tengok balik dan selidik-selidik, Hana perasan benda ni penting dan beri banyak manfaat. dan Hana apply in my daily life. Alhamdulillah, membantu sangat-sangat dalam menjaga kesihatan diri ni. so why not kita share kan? Sharing is caring.



Manfaat minum air putih

tau tak? Air putih /air masak/air kosong sebenarnya adalah minuman yang banyak bagi manfaat kepada badan kita. Selalu juga kalau sembang dengan kawan-kawan masing2 nak order sky juice. Sky juice. Nama pun dah hebat. Hebat juga manfaatnya. Ni hana sharekan manfaatnya.



bukan setakat tu je tau, ada lagi manfaatnya. kalau secara umum minum air kosong :

1. membantu meningkatkan tenaga
minum air selepas bangun tidur boleh tolong tingkatkan kadar metabolisme kita, sebab ia tingkatkan tenaga kita, kita akan jadi lebih peka dan segar.

2. buang toksin
bila kita banyak minum, memang kita akan selalu pergi bilik air. dan selalunya perkara ni buatkan ramai orang kurang minat untuk minum banyak air. Especially the elders. Tapi tau tak dengan urinate (buang air kecil), toksin-toksin yang ada dalam badan kita akan di'flush' keluar. aiyah, keluar la kau toksin...
*Kadar toksin yang tinggi boleh membahayakan kesihatan

3. Jadi kurus
Seriously? Tipu ar.. mesti ramai yang tak percaya kan. "Gemuk air la nanti kalau minum air banyak-banyak". No.No.. tiada istilah gemuk air ni. Umm.. macam mana nak buat bagi faham ek? memang Hana dulu pun pernah fikir macam ni.

analogi.
Ada sebaldi air tapi dalam baldi tu ada habuk. Tapi kita tak boleh nak ceduk buang habuk tu. jadi, salah satu cara, kita akan tuang lebih banyak air ke dalam baldi tu. Jadi, bila air dah penuh sampai tahap melimpah, habuk tu akan keluar sekali dengan air yang berlebih tu. 

Nampak tak? macam ni la lebih kurang. One more facts, Mara Z. Vitolins, seorang pakar nutirisi dari Wake Forest University pernah berkata kebiasaannya badan kita tak dapat membezakan diantara lapar dan dahaga, jadi dengan meminum air ia dapat membantu kita mengenalpastinya.

ini la sebabnya kalau kita tengok program diet or fitness ke, memang selalu tekankan untuk minum air kosong banyak-banyak..


Kelebihan Minum Air Putih semasa perut kosong.
Sebenarnya kan minum air kosong time perut kosong memang satu tabiat yang baik. Rasulullah saw juga sentiasa amalkan minum air kosong lepas bangun sahaja dari tidur. *selawat ke atas nabi

baik untuk :

  • penyakit sakit kepala
  • sakit badan
  • perbaiki sistem jantung
  • artritis
  • buah pinggang dan air kencing
  • muntah-muntah
  • gastrik
  • sembelit
  • kanser dan gangguan haid
  • singkirkan toksik yang menggalakkan penyakit seperti obesiti, darah tinggi, kencing manis dan strok
Setiap 25kg berat badan perlukan 1 liter air untuk perkembangan otot yang sihat supaya mampu membakar lebih banyak lemak.

Bagaimana nak tahu pengambilan air yang cukup?
sekiranya warna urine anda jernih, maka anda telah mendapat air yang cukup dan terhidrasi dengan baik. Manakala kalau warnanya kekuning-kuningan, anda perlu minum lebih dari yang biasa..

macam mana nak pastikan boleh minum air banyak-banyak ni? nanti kembung la perut..
ok. Ni hana nak kongsikan tips Hana yang selalu buat.


Jika anda rasakan entry ini bermanfaat, anda boleh klik button share supaya lebih ramai lagi tahu manfaat air kosong kepada kesihatan kita. Terima kasih kerana sudi luangkan masa. ^_^

"Be Fit, Be Healthy Together and Be Happy"

No comments:

Post a Comment

HRMIS - Kemaskini Diskripsi Tugas

Assalamualaikum semua. Sekarang kebanyakan penjawat akan sibuk mengisi Deskripsi Tugas di dalam HRMIS. Jadi di sini saya nak kongsikan cara ...