memandangkan tiada aktiviti dan kerja tambahan jadi petang ini belajar untuk mendengar. mendengar kepada alam. dan meluangkan sedikit masa untuk bermuhasabah..
diakui beberapa hari yang lepas, keadaan tidak berapa terurus memandangkan jadual yang sangat sibuk dengan aktiviti yang memaksa segala tenaga dan kudrat digunakan. Rehat. itu yang perlu. curi-curi masa untuk men'recharge' smula bekalan. :)
pernah tak dengar atau mengatakan " setiap yang berlaku itu ada hikmahnya" ? nescaya ada. paling tidak sekali dua.
nak dicoretkan di sini..4 hari yang lepas, seorang sahabat lama menelefon. rindu. kerana sangat lama kami tak berjumpa. bila diceritakan masalahnya.mendengar tangisannya. saya terkedu. tak tahu apa yang patut dikatakan kerana belum mempunyai pengalaman atau diberi ujian sebegitu. mashaAllah. baru tau bahawa ceteknya ilmu dan pengalaman diri.
lantas secara spontannya saya mengatakan ayat ajaib ini
" Bersabarlah, setiap yang berlaku itu ada hikmahnya"
hatinya tenang. Alhamdulillah.. :) InsyaAllah..saya membantu selagi terdaya.
[sahabat adalah segalanya bagiku .lagipun apa gunanya sahabat kan?]
__________________________________________________
sahabatku sayang,
Allah sebenarnya Maha Pemurah, Maha Penyayang, Maha Adil, Maha Mengetahui..
Allah uji kita dengan sumthin yang sangat kita sayang. meskipun kita yakin dan sayang sesungguh hati kita akan sesuatu yang dikatakan terbaik untuk kita tetapi kita tak tahu bagaimana yang sebenarnya. jika tanggapan kita tersalah Allah selamatkan kita... kita diberi cubaan dengan kehilangan. Dia sayangkan kita awak.. sangat2..tak mungkin ada sesiapapun yang dapat menandingiNya.. bersabarlah :)
kekadang Allah uji kita dengan sebuah impian yang amat kita harapkan, berlinang air mata saat impian tu kecundang. Berbaik sangka lah kepadaNya kerana Allah itu Maha Mengetahui.
Ujian yang kita hadapi tak sama. ada diuji dari sudut kesihatan. ada yang diuji dengan kehilangan dan ada yang diuji dengan perasaan. Ya. Ujian itu ada. sebab kita kan hamba padaNya yang Esa. saya juga akan hadapi ujian yang sama seperti ini. Sesungguhnya yakinlah bahawa Dia pemberi segalanya kerana segalanya adalah kepunyaanNya..
Percayalah. berbaik sangkalah. saat ditariknya apa yang ada, Dia sebenarnya sedang mengaturkan untukmu sesuatu yang lebih berharga. Bak kata Rny. "Jangan bersedih, dunia ini tak selayaknya ditangisi" manusia datang dan pergi. Dekatkan diri padaNya yang selalu saja temani kita meskipun kekadang kita selalu saja lupa dan leka. Manusia bila kita buat salah dan minta maaf kemudian kita terulang balik perbuatan tu dan minta maaf kembali, mereka akan marah tapi Allah, biarkan pun kita buat salah, mohon ampun dan terbuat kesalahan kembali Dia tak pernah marah.. Jadi sabarlah ea. sama-sama kita selesaikan masalah ni. Jangan berputus asa. saya janji akan kuat dan awak pun kena janji dengan saya akan kuat.... k. janji. ^_^
senyumlah selalu.. La Tahzan. dan last saya nak gtau awak saya selalu berpegang
" he who has no one has Allah and he who has Allah has everything."..
lots of xoxo,
hana
p/s: andai awak baca post ni, hubungi saya. maaf sebab ini sahaja caranya ...
No comments:
Post a Comment