Tuesday, July 17, 2012

:: Wanita::


“YA.
Silapnya seorang wanita ialah,
Bila dia percaya, maka dia terlalu percaya.
Bila dia menyayangi, maka dia menyayangi sepenuh hati.
Bila dia memberi, maka dia berikan segala-galanya.

Kerana itulah,
Bila berhadapan dengan seorang lelaki,
Wanita perlu lebih berhati-hati.

Janji manis dibibir itu,
Mungkin menjadi sembilu yang akan menghiris hati bertahun lamanya.
Impian dan harapan indah itu,
Mungkin menjadi selumbar yang melukakan.

Makanya,
Selagi belum pasti, jangan memberi sepenuh hati.
Selagi belum memiliki dan dimiliki secara halal dan sah,
Jangan memberi segala-galanya.

Bila kita terlalu mudah memberi,
Maka kelak nanti kita akan sangat sukar melepas pergi.


p/s : buatlah pilihan yang terbaik. tatkala jika rasa diri banyak digerak ke arah yang tidak sepatutnya, beristighfarlah dan kembalilah kepada mencari cintaNya bukannya cinta manusia semata-mata. Moga Allah sentiasa merahmati mereka yang berusaha mencari cinta keredhaanNya..


No comments:

Post a Comment

HRMIS - Kemaskini Diskripsi Tugas

Assalamualaikum semua. Sekarang kebanyakan penjawat akan sibuk mengisi Deskripsi Tugas di dalam HRMIS. Jadi di sini saya nak kongsikan cara ...