Tuesday, July 24, 2012

:: Ramadhan ini buat diriku.. ::


Assalamualaikum w.b.t...

Alhamdulillah, sudah hari keempat berpuasa Ramadhan ini. Syukur sekali lagi kerana dikurniakan kesihatan yang sempurna olehNya untuk mengerjakan ibadah di bulan mulia ini. Berbicara tentang Ramadhan pasti tak lekang tentang waktu berbukanya. Nikmat.. Makan atau iftar dengan sahabat aka rumate saya tersayang. Kebetulan hari ini kelasnya bertugas.

Menjadi tradisi di kampus ni yang semua unit akan bergotong-royong untuk menyediakan juadah berbuka. tapi bukan itu saja. ada lagi tugas-tugas atau kerja-kerja lain yang perlu dilakukan. Masak bubur lambuk, moreh, buat air, mengemas. beli bahan pun ada ajk nye tau. :)  Kelas saya? sepatutnya petang selasa. tapi ada pertukaran sedikit.

Tempat iftar adalah di surau Al-Muttaqin. Menu berbuka adalah Ayam Goreng Halia dan Tomyam Ayam. Sedap sangat2.. mungkin sebab terlalu lapar. Pelajar yang nak berbuka di sini digalakkan datang awal untuk mengelakkan kesesakan ataupun tak jmpa tempat nnt. Bubur lambuk juga ada disediakan untuk semua. Semuanya dimasak oleh pelajar sendiri. dan semalam alhamdulillah semua lauk-pauk cukup untuk mengenyangkan perut. :) Terima kasih Math 1 dan terima kasih kamu. sebab sudah lama rasanya kita tak makan 'semesra' ini. Alhamdulillah, lauk-pauk semua cukup untuk semua yang berbuka di balai. siap dapat tapau tomyam lagi. hehe. suka pergi awal, lihat semangatnya diorang menyediakan juadah berbuka. kata orang, "Besar pahalanya bagi mereka yang sediakan juadah berbuka untuk yang berpuasa"

Oh ya, lupa nak cakap. disini juadah dihidangkan di dalam dulang. Makan beramai-ramai cukup membuatkan hati saya gembira dan bahagia. Makan bersama sahabat-sahabat tersayang membuatkan hati ini semakin mencintai agama Allah kerana kami berkumpul ini adalah keranaNya. Menunaikan kewajipan. :) Puasa Fardhu di bulan Ramadhan. Teringat juga masa sekolah dulu, ramai-ramai menunggu waktu berbuka di dalam surau. Kurma dan air mineral menjadi pengalas sementara kerana di sana kami solat maghrib berjemaah dan kemudian barulah menyerbu dewan makan. :) semua dah susun awal-awal lagi. Pkul 6 makanan diambil dan diletak diatas meja. Makan mengikut kelas atau homeroom. bergantung kepada aktiviti dan kelapangan. Kuih-kuih.air minuman. semua siap sedia. Kemudian naik ke surau di atas dewan makan.  COUNTDOWN WAKTU BERBUKA. :D
betapa eratnya ukhwah. dan alhamdulillah dapat lagi merasai nikmatnya puasa itu bersama kawan-kawan di sini.


ok. cukup sampai di sini. coretan di sini membuatkan hati rasa tenang sedikit :) . ada kelas lagi selepas ini. Nak siap-siap supaya tak terlewat.

Selamat berbuka ya nnt :) 
Berbuka setelah yakinnya masuk waktu maghrib ya.. :)

No comments:

Post a Comment

HRMIS - Kemaskini Diskripsi Tugas

Assalamualaikum semua. Sekarang kebanyakan penjawat akan sibuk mengisi Deskripsi Tugas di dalam HRMIS. Jadi di sini saya nak kongsikan cara ...