Assalamualaikum wbt temanku.. Lama sudah kita tak berbual. Dengan kekangan masa.dan juga pelbagai kerja yang masing-masing perlu lunaskan.. jadi saya coretkan di sini. apa yang dibualkan agar kalau kamu terbaca nanti mungkin kita boleh berbual perkara yang sebenar. :) Girl to girl conversation perhaps..:D
Tahniah sebab saya sentiasa kagum lihat kamu bekerja dan menguruskan segalanya. akui memang ada tekanan di mana-mana tapi macam biasa. Kamu lebih mengetahuinya.
Maafla sebab bila kamu susah, mungkin saya tak dapat bantu apa-apa
tapi saya boleh pinjamkan telinga saya untuk mendengar luahan awak
tatkala kamu resah dan sedih, maaf sata tak mampu untuk tenangkan kamu.
tapi saya boleh pinjamkan hati saya untuk mendengar luahan kamu.
Disaat kamu lagi sendiri, sepi... saya memang tak mampu untuk ada disebelah kamu..
tapi saya akan cuba luangkan masa biarpun sedikit untuk menemani kamu... berbual atau sms :D
Pertemuan kita berdua ini juga bukan kehendak saya..
apa yang berlaku ini bukan kemahuan saya
tapi segalanya atas kuasa dan takdir dariNya..
yang mungkin ada perancangan yang indah di sebaliknya....
Kita diuji dengan pelbagai perkara tetapi saya bukan Tuhan yang mempunyai segala kuasa ditangan untuk memilih yang mana suka yang mana tidak...
Tetapi saya akan berusaha untuk selalu ada di saat kamu kesulitan... walau mungkin saya tak mampu selesaikan masalah kamu dan kekadang menjadi penambah kepadanya..Maafkan saya..
Tapi saya nak sentiasa ada untuk kamu dalam apa jua keadaan disaat kamu memerlukan saya. ♥
maafkan saya ats segala tingkah laku yang 'kurang enak' buat kamu.~~
Dugaan dan ujian sebenarnya adalah lakaran yang mewarnai hidup~ |
No comments:
Post a Comment