lama rasanya tak menjenguk untuk update blog. jadual agak padat kebelakangan ni. Pelbagai perkara yang dirancang ada juga yang terbabas gara-gara aktiviti yang memenuhi ruang kalendar...
Alhamdulillah. walau sesibuk manapun masih lagi diri ini diberikan nikmat kesihatan oleh Allah S.W.T. Stamina dan daya tahan masih lagi utuh. diharapkan diri tidak lalai dengan nikmat yang dikecapi ini...
bercakap tentang hidup dan dunia memang tak kan pernah habis. sebagai student, kita tak kan pernah lari daripada menghadapi masalah. betul x? tak kira lah apa pun paling tidak pasti ada sekelumit masalah yang kita hadapi. nak menghadapinya? Bukannya mudah nak mudah dan bukannya susah nak susah. Semuanya bergantung kepada hati dan ketekalan yang ada dalam diri kita dan juga atas kebesaran dan KekuasaanNya..
sangat mengagumi insan-insan cemerlang yang dirundung pelbagai masalah tetapi senyuman tidak pernah lekang di bibir mereka. :) Sangat mengagumi mereka yang terpaksa melakukan pengorbanan dan penat lelah kerana Allah. jarang-jarang dijumpai.
kata seorang teman,
Allah menduga kita sebab Dia sayangkan kita. Allah nak kita rapat denganNya..
yup.setuju. kekadang bila manusia diberikan kesenangan selalu sahaja lalai dan alpa. ada yang terus hanyut dibuat kelalaian sehingga terpesong daripada matlamat sebenar sebagai hambaNya... Nauzubillah.. mga tidak tergolong dalam golongan ini..
Menunggu untuk dihanyutkan~ credit to Pijie |
Bagiku sebenarnya hidup tidak akan pernah berakhir apatah lagi andainya kita melarikan diri daripada masalah. Tidak akan pernah selesai dengan melupakannya...bagi yang sedang menghadapi masalah teruskanlah langkahmu, dalam menuju dan menghadapi kenyataan. jalan keluarnya ada cuma sabar itu perlu. Memang agak pahit dan sukar untuk menerima kenyataan tetapi percayalah akan takdir dan ketentuanNya..
Pergilah Menghadapinya Dengan Senyuman
Jom Cari Redha Ilahi! :)
No comments:
Post a Comment