Thursday, April 24, 2014

:: Cinta, Rindu, sayang.. ::


"Cinta, rindu dan sayang adalah anugerah dari ALLAH,
Cinta yang hebat adalah cinta yang diletakkan ditempat terhebat.

Wanita paling bahagia adalah wanita yang mendapat suami yang baik,
manakala lelaki yang kaya adalah lelaki yang mendapat isteri yang solehah.

Ingat lah~
jodoh yang dicari itu baik,
Tetapi jodoh yang ditemui itu lebih baik”
— 
Forum: Cinta, Jodoh sampai Syurga
(Ustz Pahrol Juoi, Prof Dr.Muhaya &Ustazah Zawiyah Hassan)

Wednesday, April 23, 2014

:: Bakal Berakhir ::

assalamualaikum wbt.. apa khabar semua? Harap semua sentiasa sihat di bawah perlindunganNya.

Alhamdulillah. Praktikum 3 akan mula melabuhkan tirainya. Esok adalah hari terakhir untuk Cikgu Farhana aka Teacher Farhana untuk bersama dengan murid-murid Sekolah Kebangsaan Durian Mas, Manir.

Bercampur-campur feeling sekarang ni. Gembira ada, sedih ada, terharu pun ada.
Gembira sebab dah berakhir penyeliaan terakhir bersama.

Terima kasih kepada pensyarah penyelia yang sentiasa disayangi, Puan Norizah bt Ahmad dan guru pembimbing yang banyak membantu saya dan rakan praktikum, Puan Tengku Hasnah bt Tengku Mansor

Ramai kawan cakap muka saya sudah macam cikgu-cikgu. InsyaAllah, semoga Allah permudahkan dan redhai perjuangan ini.

Esok, cikgu akan bawakan hadiah yang dijanjikan. dan ada surprise sikit cikgu nak bagi pada anak-anak murid cikgu. see, nakal-nakal pun kamu cikgu tetap sayang. :)

Tak apa jika satu hari nanti kamu semua lupakan cikgu, tapi jangan sesekali lupakan apa yang cikgu ajar dan beri nasihat.


Ok2. da masuk waktu maghrib. Jom solat dulu. :)

Tuesday, April 22, 2014

:: Manfaat Utama Vitamin E::

Ramai yang mengetahui bahawa vitamin E baik untuk kulit, tetapi tak ramai yang boleh beritahu macam mana vitamin ni lakukan caranya.

meh sini, Hana nak kongsikan info tentang vitamin E.

Vitamin E sebenarnya adalah antioksidan yang melindungi dan membaiki kulit anda.
antioksidan? apa tu?

Antioksidan akan meneutralkan radikal bebas dan mencegah daripada berlakunya kerosakan.
Antioksidan yang paling bagus ialah vitamin E.
yup, vitamin E adalah satu oksidan yang bagus, tetapi badan kita tak boleh hasilkannya. so, kita perlu pastikan kita dapat perolehinya daripada sumber-sumber luaran seperti makanan dan mengambil supplemen.


Manfaat Utama Vitamin E

1) melindungi jantung- pengambilan 800IU vitamin E setiap hari adalah penting untuk jantung yang sihat,
melindungi sel darah merah dan mengelakkan pengasidan lipid, mengurangkan tekanan darah, meningkatkan kolesterol HDL, menghalang paltelet darah melekat pada dinding arteri dan dapat elak penyakit jantung dan lain-lain

2) mempertingkatkan kemampuan reproduktif- Kajian mendapati vitamin E mampu memulihkan kemampuan reproduktif. Bagi incik-incik suami yang mengambil 600IU-800IU vitamin E sehari mampu meningkatkan sperma mereka (1924). patutla vitamin E selalu dipanggil vitamin cinta. Love2 gitu.

3)Anti-Oksidan - pengambilan 1200IU vitamin E adalah berkesan untuk melawan kanser, mengukuhkan sistem imun menghalang atau melambatkan pertumbuhan tumor, mengurangkan kerosakan akibat radikal bebas.vitamin E juga bantu dalam memperbaiki masalah oksidasi seperti katarak dan masalah penglihatan.

4) Anti-penuaan- 1 kapsul vitamin E dapat membantu dalam melambatkan penuaan, mengurangkan kedut, garis halus,parut dan bintik penuaan.mampu memulihkan tekstur kulit dan ton muka,dada dan otot paha

5) kelestarian tenaga- meningkatkan kelestarian tenaga seksual dan tenaga dengan memberkalkan oksigen yang lebih

6) memperbaiki arthritis-meningkatkan keanjalan salur darah, memperbaiki kitaran darah, merawat bahu kejang, pening,buasir,urat varikos dan sakit sendi

7) menghalang keguguran - merawat musculus, pectoralis otot dada, sindrom pra haid dan sindrom menopaus seperti hot flush. turut diguna pada ujian klinikal untuk menghalang kematian janin, keguguran
bagi yang hadapi masalah pre-menstrual yang teruk, vitamin E boleh bantu kurangkan sakit tersebut.

8) memperbaiki parut- memperbaiki bengkak dan ulser kulit. Boleh dikenakan terus pada luka untuk mengurangkan kesan parut.

Ada kajian yang menunjukkan bahawa pengambilan vitaminE secara berterusan dan dalam jangka masa yang panjang boleh mengurangkan selaran matahari (sunburn).

Tapi ini tidak bermakna bahawa dengan ambil vitamin E akan membolehkan anda selamat untuk terdedah lama di bawah sinaran matahari, tetapi boleh membantu kulit anda kekal sihat dan gebu dengan pengambilan antioksidan yang mencukupi. Jangan pula nanti sesaje nak tanningkan muka dengan berjemur tepi pantai.


Istimewanya Vitamin E Shaklee

Istimewanya Vitamin E Complex Shaklee ialah Vitamin E diperbuat daripada soya organik dan minyak biji gandum yang kaya dengan vitamin E. d-alpha tocopheryl, d-alphaa tocopherol pada soya organik dan minyak biji gandum yang aktif secara fisiologi ini diekstrak dan digabungkan dengan 8 jenis vitamin E lain yang terbahagi kepada alpha, beta, gama dan delta.

Kemudian terhasillah Vitamin E Complex yang mengandungi Vitamin E paling lengkap di pasaran.

Vitamin E Complex Shaklee juga mengandungi 10mg selenium semulajadi yang membantu tubuh menyerap khasiat vitamin E dengan baik, memelihara membran sel, sel darah merah dan tisu-tisu otot. Selenium yang terkandung dalam Vitamin E complex juga merupakan penyahtoksik semulajadi logam berat seperti raksa dan juga kadmium. Selenium juga mengukuhkan anti-oksidan dan melindungi retina mata.

Nota: Pakar Nutrisi mencadangkan pengambilan vitamin ACE  (beta carotene, vitamin C dan E)
bersama-sama untuk menggandakan kesan anti-oksida dalam melawan radikal bebas

Cadangan:
untuk pemeliharaan kesihatan : 1 kapsul sehari (selepas makan)
untuk anti-penuaan dan sistem reproduktif : 2 kali sehari, 1 kapsul setiap kali
menentang kanser dan mengurangkan parut : 2 kali sehari, 2 kapsul setiap kali



Hubungi saya untuk konsultasi berkaitan kesihatan atau produk Shaklee:
Nurul Farhana [Hana Farhana]
Shaklee ID: 1073775
sms/whatsapp/telegram :  019-4025851
FB page : Be Fit, Be Healthy Together.
Penghantaran ke seluruh Malaysia, Brunei,Indonesia dan Singapura

Friday, April 18, 2014

Assalamualaikum semua. Apa khabar? Harap semuanya sentiasa sihat dan dilindungi Allah.

Lama sungguh cikgu ni menghilang. Maaf la komitmen terhadap sekolah dan juga pengajian perlu ditunaikan dahulu. Life as a student is not easy. and as a practical teacher too is not easy. Tetapi itu bukanlah untuk kita jadikan alasan kan? betul tak? betul tak?

Alhamdulillah, observe English dah selesai. Hanya observe subjek Major menunggu. InsyaAllah, rabu ni last observe. Doakan hana ya. :)

Minggu ni sangat busy. Masuk kelas macam biasa mesti wajib hafal sifir. Dah dapat hafal dengan lancar baru cikgu bagi duduk. "Maaf ye anak-anak murid cikgu". Cikgu buat macam ni sebab cikgu sayangkan kamu semua. Kalau tak, sampai bila pun kamu tak mahu menghafal. Ini asas yang paling penting. Bila kamu dah kuasai sifir, insyaAllah, kamu akan dapat menjawab soalan-soalan lain.

___________________________________________

masa di sekolah dulu, suasananya lain. Pengajaran oleh cikgu pun lain. Dulu setiap kali cikgu bertanyakan soalan, kami akan berebut-rebut untuk menjawab. dan apabila cikgu berikan kerja rumah, akan pastikan siap sebelum kelas berikutnya. Tak berani tak siapkan kerja... mesti siap. WAJIB SIAP.

tapi masa kini saya perasan, murid-muridnya kurang daya saing, kurang api semangatnya. Di mana silapnya kita tak tahu. Mungkin lambakan gadget, mungkin kesibukan ibu bapa yang bekerjaya sehingga tidak mempunyai masa untuk mereka...

"Ya Allah, Kau permudahkanlah dan bukakanlah pintu hati anak muridku"




Monday, April 14, 2014

:: Sshh.. gi jejauh please....::

Assalamualaikum wbt. Apa khabar semua? Hati tenang? Jiwa ok? Minda ok? Da siapkan proposal? Hehe.. soalan cepu emas yang terakhir itu..

Alhamdulillah, Hana baru siapkan proposal. 2 RPH dan 2 jurnal mingguan masih menunggu giliran untuk disiapkan. InsyaAllah, semoga dipermudahkan.

Fuh.. lega rasanya bila dah siapkan proposal. Bukannya mudah nak siapkan. Banyak betul dugaan dan ujian. Selalu sahaja ada perkara-perkara yang menghalang. Dan kekadang tu diri sendiri merupakan penghalang yang terbesar.

Selalu saja ada suara kecil dalam diri selalu cakap perkara-perkara yang negatif. Sehinggakan bila kita cakap nak buat satu kebaikan, mula la bunyi suara kecil tu menidakkan kehendak kita.

Sepanjang praktikum kali ini, memang sangat padat. Seharian jadual terisi dengan kelas, kelas ganti, latih budak untuk Smart English, lukis mural, touch dinding, rancang aktiviti untuk murid… dan banyak lagi…..

Sehinggakan ada satu saat dengar suara kecil cakap “dah, yang aku buat teruk-teruk ni watpe.. orang lain tu relaks je. Tak kisah pun.. dah dah la.. rehat la pula.. buat preparation ngajar esok ke”

Yup. Memang kita manusia sering tak lepas daripada perkara begini. Rasa geram selalu ada bila ada yang goyang kaki dan kita berhempas pulas, tapi akhir sekali orang lain dapat nama.

Hana akui. Ada juga terkadang cemburu. Jeles. cemburu pada mereka yang segala urusan dipermudahkan, tak perlu bersusah-susah . Selalu terfikir,alangkah mudahnya menjadi mereka
Bila otak dah center, kepala dah boleh fikir rasional,
teringat satu ayat

"Sesungguhnya Kami telah menciptakan
manusia berada dalam susah payah” (Al-Balad:4)

Dan mereka,
mungkin diuji dengan cara
berbeza.

Berbahagialah dengan tiap-tiap ujian.
Alhamdulillah, syukur. Dengan berada dalam group inspirasi, Hana selalu termotivasi membaca perkongsian master-master dan mentor. Lepas baca, duduk refleks diri…

Dulu Hana selalu cakap, “susah nya keje ni, macam mana la nak buat?”
Perkataan “susah”, “payah” selalu je hana berwirid ..

Macam tu juga masa awal-awal start bussiness online. “alamak, dah la tak pandai bisnes..kalut lak nak try”. “Payah nak cari customer kut..”

See…
Sampai masa tu, memang otak ni mindset susah payah. Bila macam tu, memang semua benda jadi macam tu.. Bussiness tak jalan. Order takde.

Tapi sekarang…
Alhamdulillah, berkat perkongsian dan tips dari mentor-mentor.. Hana cuba ubah diri.
Sekarang ni tengah practice RCA. Beranikan diri pandang muka sendiri dan cakap dengan berani.


Sampaikan anak-anak murid pun ada yang terikut buat sekali.

Mana tidaknya dekat dengan kelas ada satu cermin dan selalu juga tertengok dan cakap pada diri. Bila masuk kelas murid tanya. Jadi, kongsi juga dengan murid. Alhamdulillah, daripada yang selalu malas buat keje dah ada perubahan.

Mentor saya, Dr Azizan Osman pernah cakap “Kuasa Minda sangat Penting dalam kejayaan”
“Apa yang saya fikir, apa yang saya rasa, apa yang saya cakap, apa yang saya buat, semua itu adalah DOA. Dan selalu amalkan 5S dalam kehidupan. Nak tahu apa 5 S? like entry dan hana akan kongsikan dengan semua nanti..


Ok. Got to go.. maghrib nak masuk daa … dan perasaan negative “shssshhhh.. gi jejauh.. “

Friday, April 11, 2014

:: Doa, doa, doa.... ::

Alhamdulillah. Masih lagi kita diberi peluang oleh Allah untuk bernafas pada hari ini. Pusing kanan tengok orang disebelah ucap “Alhamdulillah”. Kalau dia tanya “kenapa tiba-tiba ni?” cakaplah akan nikmat pemberian Allah iaitu nafas kita pada hari ini

Hana nak berkongsi satu topik dengan anda. Iaitu berkaitan THE POWER OF DOA

Allah sentiasa mengikut sangkaan hambaNya.

Semalam, selepas pulang makan bersama rakan. Hana luangkan masa untuk menonton video dan membaca sebuah buku. Yup. Hana memang jenis sukakan buku. Terutama buku-buku yang memberi inspirasi, membuka mata hati.

Biarpun banyak kerja dan proposal belum siap, I need a break . J dan inilah ubatnya.

Allah sentiasa mengikut sangkaan hambaNya dan doa itu adalah senjata bagi orang muslim.

Life is not easy. Tapi selalu je bila hana rasa macam payah je, macam susah je. Hana cepat-cepat doa pada Allah. “Ya Allah, Kau permudahkanlah bagi kami. Kau tunjukkanlah kami jalan dalam membantu yang lain”.

Dan tak lama selepas tu, Allah hadirkan orang-orang yang dapat membantu kita dalam apa jua masalah yang dihadapi. Antara kita sedar atau tidak je..

Begitu juga dengan isu sekarang

Dunia masa kini

Seperti kes MH370, seluruh kehebatan teknologi yang ada telah digunakaan untuk mencari pesawat ini namun masih belum ditemui.

Sehinggakan  kini begitu banyak teori-teori dan konspirasi sehinggakan sukar untuk kita mengetahui cerita yang mana sahih dan yang mana tidak.

Hana percaya ada hikmah disebalik ini yang Allah nak tunjukkan pada kita. Biarlah orang kata ,”eh, macam klise je”. Tapi hana percaya, kalau Allah nak kita jumpa, mesti kita dah jumpa.

Dan kalau sebaliknya, maka begitulah yang kita tahu.
Walauapapun kita jangan henti berdoa.

Kita doakan semoga Allah berikan ketabahan kepada ahli keluarga terlibat dan semoga kita menemui apa yang dicari. InsyaAllah.


Thursday, April 10, 2014

:: Life Lesson 3: Senyum sokmo ::

Assalamualaikum wbt semua 

Alhamdulillah, hari ini selesai tunjukkan pada pensyarah penyelia proposal yang dibuat. Ada sedikit penambahbaikan yang perlu dibuat. Biasala tiada yang sempurna. Yang sempurna itu adalah milik Allah.


Ok. Hari ini Hana nak kongsikan tentang rahsia senyuman. 


Yup. SENYUM tak perlu kata apa-apa.

Rata-rata mereka yang Hana jumpa paling tidak pun akan menguntumkan senyuman setelah bertembung. Alhamdulillah, Hana memang suka senyum dan suka buat orang tersenyum. I may be a little crazy tapi untuk create a smile on people’s faces. Saya sukaa... (gaya dalam cerita Upin dan Ipin)


Bila berjalan pun Hana akan selalu senyum pada orang yang ada disekeliling. Biarpun pada makcik cleaner dan pakcik tukang kebun. Selalu bila berselisih, senyuman yang diberi dibalas dengan sapaan mesra. Well, sangat happy bersembang dengan makcik cleaner.

"Kawan-kawan, makcik cakap dia rasa sunyi bila kita semua keluar praktikum. Rindu nak tengok ramai-ramai penuhkan bilik kuliah". Hehe.. yup. sempat juga minta tolong makcik untuk tengokkan bungkusan saya kalau da sampai... nasib baik makcik sporting dan sanggup tolong. 

This is the power of senyuman. Sifu saya selalu cakap “Senyum, senyum selalu.

Hana dah merasai sendiri kehebatan senyuman. Betul dengan senyum, hati kita rasa gembira. Dan lagi seronok bila orang yang kita senyum, senyum balik pada kita. Kata sifu saya “Satu perkataan 6 huruf ini membawa maksud yang sangat mendalam. Sebutannya mudah, tapi nak buatnya susah.” Jadi ayuh kita jadi manusia LUAR BIASA. Lakukan dan jadikan senyuman itu mudah meniti di bibir kita.

Lagi satu Dr Azizan selalu tekankan dalam programnya iaitu Rahsia Kuasa Minda Jutawan adalah SENYUM.

Jadi, jom transform diri kita dari biasa-biasa menjadi LUAR BIASA. Jadi mulakan senyum

Saturday, April 5, 2014

Life Lesson 2: Tak semuanya mudah ::

Orang kata, life ni susah. Banyak perkara yang perlu dijaga dan dibuat.
Well dalam dunia ni, hana nak tanya benda apa yang mudah?
Zaman sekarang, nak bernafas pun susah! Kiri kanan bau asap rokok. Itu belum campur sisa buangan sampai yang tak reti nak masukkan dalam tong sampah. Nak gi tandas sekarang pun susah, paling tidak 30 sen wajib ada dalam seluar.



Hidup ni kalau kita nak ambil jalan mudah, kalau kita asyik-asyik nak lalu shortcut, sebenarnya itulah jalan yang jauh. Sangkaan kita itu shortcut kerana kita ambil jalan yang mudah. Tapi tak semestinya yang mudah itu jalan yang terdekat.


Analoginya di sini, anda nak ke Bukit Kayu Hitam dari Kuala Terengganu. Terdapat dua jalan untuk ke sana. Satu ialah jalan highway dan satu lagi jalan biasa yang bersimpang-simpang. Satu jaraknya hampir 400km jalan straight je dan satu lagi Cuma 280km tetapi perlu melalui bukit-bukit dan jalan yang bersimpang.

See, yang satu tu mudah je. Pandu straight jer. Dan jalan yang satu lagi kita kena pandu dengan berhati-hati sebab jalannya banyak cabaran.
Begitulah jalan pintas sebenar, adalah jalan yang penuh dengan ujian. tak mudah.

See, sifir hidup ni cuma dua.

Dunia penjara, akhirat bahagia.
atau.
Dunia syurga, akhirat binasa.

Kita boleh decide mana satu pilihan kita dari sekarang..

Jadi setiap kesakitan. Setiap pedih kita kat dunia sebenarnya tak lama. Bersabarlah. Sedangkan dalam satu hadis Rasulullah, diriwayatkan oleh Ahmad, Muslim dan At Tirmidzi dari Abu Hurairah RA,
"Dunia adalah penjara bagi orang beriman, dan syurga bagi orang kafir.”

Ya Allah, Kau tetapkanlah iman kami dalam menempuhi cabaran kehidupan yang sementara ini. Jadikan kehidupan kami di dunia ini adalah kehidupan yang dapat menjamin kebahagiaan yang abadi di akhirat nanti.

Jika anda rasa entry ini bermanfaat, anda boleh klik ‘like’ dan share dengan sahabat-sahabat. J


Terima kasih kerana sudi singgah di laman saya…

:: Life lesson 1 : Kita tak tahu ::

assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera. semoga semuanya sentiasa dirahmati Allah SWT.

Minggu lepas, Ada seorang sahabat memberitahu, ‘Kau ni jenis tak berterus terang, banyak  diam dan sembunyikan benda-benda (perkara) ”. Terdiam. Cuba menerima dan menelan kata-kata ini.

Ya. Ada kebenarannya.. ada sesetengah orang lebih gemar menyembunyikan sesuatu yang dirasakannya tidak penting untuk diluahkan.
TIdak perlu orang lain ketahui melainkan dia dan Penciptanya.

Kekadang cuba kita selidiki, mana tahu diamnya bersebab. 
Menyembunyikan sesuatu juga bersebab. 

Mana kita tahu kalau dalam diamnya dia kerana dia sedang berzikir kepadaNya. Menyembunyi kerana menjaga aib temannya. Dan tidak berterus terang kerana ingin menjaga hati. Hakikatnya, kita tidak tahu. Jadi, jauhkan dan elakkan tuduhan melulu.

Kita tidak tahu jika kita tak pernah luangkan masa untuk mendengar. Kekadang kita manusia tidak sempurna. 

Seringkali terlalu menjaga perasaan kita sehinggakan kita terlupa mengenai perasaan yang lain. Mereka juga mempunyai perasaan. Mereka juga mempunyai masalah. Sama seperti kita.

Tiada yang sempurna
Tidak ada yang sempurna. Tidak ada seorang pun di dunia ini yang tidak pernah mengalami masalah. Namun, mengapa kita lihat sesetengah orang sentiasa tersenyum dan tenang wajahnya, kita katakan dia tidak mempunyai masalah? 

Sedangkan di dalam hatinya kita tidak tahu. Mungkin di dalam hatinya ibarat gunung berapi yang menanti detik waktu untuk meletuskan lava panas. Namun, dari raut wajahnya langsung tidak menunjukkan isi hatinya.


Insan hebat
Mereka ini insan hebat. Saya selalu kagum dan hormat kepada insan sebegini. 

Mereka insan berjiwa besar. Berminda positif. Allahu

Bukannya mudah untuk tersenyum setelah kita sendiri mengetahui apa yang mereka lalui. Namun, senyuman tidak pernah lekang dari bibir. Tahniah!

Anda insan hebat. Terima kasih. J



Berdoalah kepada Allah. Mintalah dari Dia. 

Seperti kata saudara Hami Asraff
Jangan biarkan kesuraman hari membantutkan perjalanan hidupmu.sentiasalah positif dengan kehidupan mendatang yang Allah telah rencanakan.Jangan biar kesukaran melemahkan tetapi jadikanlah kesukaran itu sebagai sebuah kekuatan.

Benarlah, bila kita dekat dengan Maha Pencipta. Masalah tidak menggentarkan jiwa malah menguatkan jiwa dan lebih mendekatkan diri kepadaNya.

InsyaAllah, semoga kita semua menjadi insan BERJIWA BESAR, BERMINDA POSITIF.

Friday, April 4, 2014

:: Guru Penyayang ::

Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera. Semua selamat dan dirahmati Allah SWT.

Minggu praktikum masih ada 3 minggu lagi. Final observe masih ada lagi . FINAL OBSERVE MAJOR .

"Ya Allah permudahkanlah bagiku "

tak sabar menunggu tamatnya praktikum. namun, praktikum kali ini sememangnya membuatkan cinta terhadap bidang perguruan semakin bertambah. Murid-murid yang nakal banyak menguji kesabaran namun bila cuba mengenali mereka, they are CUTE monster sebenarnya.. hehe.. Anak-anak murid, teacher sayang semua tau

majlis pelancaran Program Guru Penyayang




HRMIS - Kemaskini Diskripsi Tugas

Assalamualaikum semua. Sekarang kebanyakan penjawat akan sibuk mengisi Deskripsi Tugas di dalam HRMIS. Jadi di sini saya nak kongsikan cara ...