Assalamualaikum wbt. Apa khabar semua? Hati tenang? Jiwa ok?
Minda ok? Da siapkan proposal? Hehe.. soalan cepu emas yang terakhir itu..
Alhamdulillah, Hana baru siapkan proposal. 2 RPH dan 2 jurnal
mingguan masih menunggu giliran untuk disiapkan. InsyaAllah, semoga
dipermudahkan.
Fuh.. lega rasanya bila dah siapkan proposal. Bukannya mudah nak
siapkan. Banyak betul dugaan dan ujian. Selalu sahaja ada perkara-perkara yang
menghalang. Dan kekadang tu diri sendiri merupakan penghalang yang terbesar.
Selalu saja ada suara kecil dalam diri selalu cakap
perkara-perkara yang negatif. Sehinggakan bila kita cakap nak buat satu
kebaikan, mula la bunyi suara kecil tu menidakkan kehendak kita.
Sepanjang praktikum kali ini, memang sangat padat. Seharian
jadual terisi dengan kelas, kelas ganti, latih budak untuk Smart English, lukis
mural, touch dinding, rancang aktiviti untuk murid… dan banyak lagi…..
Sehinggakan ada satu saat dengar suara kecil cakap “dah, yang
aku buat teruk-teruk ni watpe.. orang lain tu relaks je. Tak kisah pun.. dah
dah la.. rehat la pula.. buat preparation ngajar esok ke”
Yup. Memang kita manusia sering tak lepas daripada perkara
begini. Rasa geram selalu ada bila ada yang goyang kaki dan kita berhempas
pulas, tapi akhir sekali orang lain dapat nama.
Hana akui. Ada juga
terkadang cemburu. Jeles. cemburu
pada mereka yang segala urusan dipermudahkan, tak perlu bersusah-susah . Selalu
terfikir,alangkah mudahnya menjadi mereka
Bila otak dah center,
kepala dah boleh fikir rasional,
teringat satu ayat
"Sesungguhnya Kami
telah menciptakan
manusia berada dalam susah
payah” (Al-Balad:4)
Dan mereka,
mungkin diuji dengan cara
berbeza.
Berbahagialah dengan
tiap-tiap ujian.
Alhamdulillah, syukur.
Dengan berada dalam group inspirasi, Hana selalu termotivasi membaca
perkongsian master-master dan mentor. Lepas baca, duduk refleks diri…
Dulu Hana selalu cakap,
“susah nya keje ni, macam mana la nak buat?”
Perkataan “susah”, “payah”
selalu je hana berwirid ..
Macam tu juga masa
awal-awal start bussiness online. “alamak, dah la tak pandai bisnes..kalut lak
nak try”. “Payah nak cari customer kut..”
See…
Sampai masa tu, memang otak
ni mindset susah payah. Bila macam tu, memang semua benda jadi macam tu..
Bussiness tak jalan. Order takde.
Tapi sekarang…
Alhamdulillah, berkat
perkongsian dan tips dari mentor-mentor.. Hana cuba ubah diri.
Sekarang ni tengah practice
RCA. Beranikan diri pandang muka sendiri dan cakap dengan berani.
Sampaikan anak-anak murid
pun ada yang terikut buat sekali.
Mana tidaknya dekat dengan
kelas ada satu cermin dan selalu juga tertengok dan cakap pada diri. Bila masuk
kelas murid tanya. Jadi, kongsi juga dengan murid. Alhamdulillah, daripada yang
selalu malas buat keje dah ada perubahan.
Mentor saya, Dr Azizan Osman
pernah cakap “Kuasa Minda sangat Penting dalam kejayaan”
“Apa yang saya fikir, apa yang saya rasa, apa yang saya cakap, apa yang saya buat, semua itu adalah DOA. Dan selalu amalkan 5S dalam kehidupan. Nak tahu apa 5 S? like entry dan hana akan kongsikan dengan semua nanti..
“Apa yang saya fikir, apa yang saya rasa, apa yang saya cakap, apa yang saya buat, semua itu adalah DOA. Dan selalu amalkan 5S dalam kehidupan. Nak tahu apa 5 S? like entry dan hana akan kongsikan dengan semua nanti..
Ok. Got to go.. maghrib nak
masuk daa … dan perasaan negative “shssshhhh.. gi jejauh.. “
No comments:
Post a Comment