assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera. semoga semuanya sentiasa dirahmati Allah SWT.
Minggu lepas, Ada seorang sahabat
memberitahu, ‘Kau ni jenis tak berterus terang, banyak diam dan sembunyikan benda-benda (perkara) ”.
Terdiam. Cuba menerima dan menelan kata-kata ini.
Ya. Ada kebenarannya.. ada
sesetengah orang lebih gemar menyembunyikan sesuatu yang dirasakannya tidak
penting untuk diluahkan.
TIdak perlu orang lain ketahui melainkan dia dan Penciptanya.
TIdak perlu orang lain ketahui melainkan dia dan Penciptanya.
Kekadang cuba kita selidiki,
mana tahu diamnya bersebab.
Menyembunyikan sesuatu juga bersebab.
Mana kita tahu kalau dalam diamnya dia kerana dia sedang berzikir kepadaNya. Menyembunyi kerana menjaga aib temannya. Dan tidak berterus terang kerana ingin menjaga hati. Hakikatnya, kita tidak tahu. Jadi, jauhkan dan elakkan tuduhan melulu.

Kita tidak tahu jika kita tak
pernah luangkan masa untuk mendengar. Kekadang kita manusia tidak sempurna.
Seringkali terlalu menjaga perasaan kita sehinggakan kita terlupa mengenai perasaan yang lain. Mereka juga mempunyai perasaan. Mereka juga mempunyai masalah. Sama seperti kita.
Seringkali terlalu menjaga perasaan kita sehinggakan kita terlupa mengenai perasaan yang lain. Mereka juga mempunyai perasaan. Mereka juga mempunyai masalah. Sama seperti kita.
Tiada yang sempurna
Tidak ada yang sempurna.
Tidak ada seorang pun di dunia ini yang tidak pernah mengalami masalah. Namun,
mengapa kita lihat sesetengah orang sentiasa tersenyum dan tenang wajahnya,
kita katakan dia tidak mempunyai masalah?
Sedangkan di dalam hatinya kita tidak tahu. Mungkin di dalam hatinya ibarat gunung berapi yang menanti detik waktu untuk meletuskan lava panas. Namun, dari raut wajahnya langsung tidak menunjukkan isi hatinya.

Insan hebat
Mereka ini insan hebat. Saya
selalu kagum dan hormat kepada insan sebegini.
Mereka insan berjiwa besar. Berminda positif. Allahu
Bukannya mudah untuk tersenyum setelah kita sendiri mengetahui apa yang mereka lalui. Namun, senyuman tidak pernah lekang dari bibir. Tahniah!
Mereka insan berjiwa besar. Berminda positif. Allahu
Bukannya mudah untuk tersenyum setelah kita sendiri mengetahui apa yang mereka lalui. Namun, senyuman tidak pernah lekang dari bibir. Tahniah!
Anda insan hebat. Terima
kasih. J
Berdoalah kepada Allah. Mintalah dari Dia.
Seperti kata saudara Hami Asraff
Jangan biarkan kesuraman hari membantutkan perjalanan hidupmu.sentiasalah positif dengan kehidupan mendatang yang Allah telah rencanakan.Jangan biar kesukaran melemahkan tetapi jadikanlah kesukaran itu sebagai sebuah kekuatan.
Benarlah, bila kita dekat
dengan Maha Pencipta. Masalah tidak menggentarkan jiwa malah menguatkan jiwa
dan lebih mendekatkan diri kepadaNya.
InsyaAllah, semoga kita semua menjadi insan BERJIWA BESAR, BERMINDA POSITIF.
InsyaAllah, semoga kita semua menjadi insan BERJIWA BESAR, BERMINDA POSITIF.
No comments:
Post a Comment