Orang kata, life ni susah.
Banyak perkara yang perlu dijaga dan dibuat.
Well dalam dunia ni, hana nak tanya benda apa yang mudah?
Zaman sekarang, nak bernafas pun susah! Kiri kanan bau asap
rokok. Itu belum campur sisa buangan sampai yang tak reti nak masukkan dalam
tong sampah. Nak gi tandas sekarang pun susah, paling tidak 30 sen wajib ada
dalam seluar.
Hidup ni kalau kita nak ambil jalan mudah, kalau kita asyik-asyik nak lalu shortcut, sebenarnya itulah jalan yang jauh. Sangkaan kita itu shortcut kerana kita ambil jalan yang mudah. Tapi tak semestinya yang mudah itu jalan yang terdekat.
Analoginya di sini, anda nak ke Bukit Kayu Hitam dari Kuala Terengganu. Terdapat dua jalan untuk ke sana. Satu ialah jalan highway dan satu lagi jalan biasa yang bersimpang-simpang. Satu jaraknya hampir 400km jalan straight je dan satu lagi Cuma 280km tetapi perlu melalui bukit-bukit dan jalan yang bersimpang.
See, yang satu tu mudah je.
Pandu straight jer. Dan jalan yang satu lagi kita kena pandu dengan berhati-hati sebab
jalannya banyak cabaran.
Begitulah jalan pintas
sebenar, adalah jalan yang penuh dengan ujian. tak mudah.
See, sifir hidup ni cuma dua.
Dunia penjara, akhirat bahagia.
atau.
Dunia syurga, akhirat binasa.
Kita boleh decide mana satu pilihan kita dari sekarang..
Jadi setiap kesakitan. Setiap pedih kita kat dunia sebenarnya tak lama. Bersabarlah. Sedangkan dalam satu hadis Rasulullah, diriwayatkan oleh Ahmad, Muslim dan At Tirmidzi dari Abu Hurairah RA,
"Dunia adalah penjara bagi orang beriman, dan syurga bagi orang kafir.”
Ya Allah, Kau tetapkanlah
iman kami dalam menempuhi cabaran kehidupan yang sementara ini. Jadikan
kehidupan kami di dunia ini adalah kehidupan yang dapat menjamin kebahagiaan
yang abadi di akhirat nanti.
Jika anda rasa entry ini
bermanfaat, anda boleh klik ‘like’ dan share dengan sahabat-sahabat. J
Terima kasih kerana sudi
singgah di laman saya…
No comments:
Post a Comment