salam.
agak lama sudah ana tidak mengupdate blog ini. Malam ini malam minggu. Sambil buat tugasan yang lain, lagu berputar2 dengan ligatnya guna player yang ada dalam laptop yang serba guna ini. Dan tiba-tiba, satu lagu berkumandang dan tanpa disedari membawa perasaan ana kepada memori lalu.. Kepada seorang sahabat yang telah lama pergi, tapi masih lagi diingati selalu. Pemberi semangat dalam ana meneruskan perjuangan di sini. ^^.
lagu apa ea? mesti ramai yang tertanya. Ini ana kongsikan bersama.
Sahabat…mengapa kau pergi
Tinggal aku sendiri
Kau tahu ku tak sanggup
Sahabat…ingat lah kau slalu
Jadi yang terbaik
Walau kau tak disini lagi
Sahabat…aku rindu padamu
Datang walau sesaat
Ku ingin kan kau hadir
Chorus:
Aku disini dan menunggu
Diam tanpa dirimu
Kau tahu ku tak bisa
Beranjak terbang dan melayang
tanpa diri mu ku tak bisa dan kembalilah
lagu ini banyak membuatkan ana terkenangkan dia
seorang yang mengajar ana apa itu kasih sayang yang sebenarnya.
seorang yang mengajar ana bahawa dalam hidup ini biarlah kita selalu membuat kebaikan daripada keburukan yang akhirnya menyakitkan seseorang yang amat kita sayangi [ibu bapa, keluarga, dan teman2]
seorang yang kuat semangat. Sentiasa tersenyum. pandai bergurau kerana baginya, membuatkan yang lain tersenyum adalah kepuasan baginya.
Seorang yang sentiasa rajin memberi. Tak kira sama ada dalam pelajaran, atau harta benda.
Seorang yang sanggup melakukan apa sahaja demi memastikan kebahagiaan sahabatnya. Tingginya pengorbanan
Seorang yang sentiasa memberi teguran, nasihat, dan kata-kata semangat..
kepada kamu di sana,
saya disini sentiasa mendoakan kesejahteraan dan ketenangan kamu di sana,
sungguhpun betapa rindunya saya kepada seorang sahabat seperti kamu,
belum tentu lagi dapat membawa kamu kembali,
seperti yang pernah kita cakapkan bersama,
saya tak akan pernah bersedih dengan peninggalan kamu..
terima kasih.. kerana dengan nasihat dan teguran kamu.
Saya sedang mencuba menjadi seseorang
seorang yang mengejar mardhotillah,
sama seperti kamu..
Seseorang sebaik kamu, InsyaAllah.