Alhamdulillah, hari ini result keluar.
ada yang suka ada yang duka. ada yang dah siap-siap telefon bertanya result. Tetapi maaf la sahabat Hana tak dapat bercakap selain sepatah dua. Masih belum sembuh sepenuhnya..
Kepada yang dapat 4 rata. Tahniah Hana ucapkan. Tumpang gembira melihat kejayaan sahabat-sahabat. You deserve it.. ^_^ moga Allah memberikan peluang kepada Hana pula semester hadapan.
sekembalinya ke rumah petang tadi, Ana berehat sebentar sebelum bersiap untuk solat maghrib. dan tiba-tiba mendapat panggilan telefon daripada kamu, sahabat. Ana ingatkan mahu bertanya result, jadi hana berbual biasa sambil bertanyakan khabar. Rindu sungguh pada kamu. Lama tak berjumpa..
tiba-tiba terdengar suara kamu berubah. Soalan ku diberi jawapan dengan esakkan..
wahai sahabat, ana juga tidak hebat. ana insan biasa..
mungkin kali ini bukan rezeki kamu, bukan rezeki ana untuk merasai 4 rata,
tetapi bersyukur kerana tidak ada subjek yang gagal. dan itu sudah lebih dari cukup buat ana.
Tipulah kalau ana cakap,ana tidak mahu kejayaan seperti itu..
tetapi kita yang berusaha. Allah yang memberi.
Kamu insan hebat..
Cuba lihat kembali betapa kuatnya kamu dari awal perjuangan hingga kini,
siapa yang memberi kekuatan kalau bukan Dia,
ana faham perasaan kamu.
ana juga pernah begitu dahulu.. tapi Allah tunjukkan jalan, Hana jumpa jalan..
pointer bukan segala-galanya.. tapi ilmu. ILMU..
Alhamdulillah, ana tanya tadi bagaimana kalau nak cari ID, kamu dapat jawab dan ingat tentang definisinya.. jadi kamu faham dan ingat walaupun paper tu dah lama habis.. da dapat pun keputusan..
InsyaAllah, setahun lagi berbaki. Ana di sana, kamu di sini.. tetapi tu tak bermakna kita tak boleh berkongsi cerita. Jangan malu untuk bertanya. Jangan malu untuk menelefon saya. Saya bukan hebat. saya biasa-biasa. cuma mungkin sikap saya yang sedikit LUAR BIASA. hehe :D InsyaAllah, sama-sama membantu untuk jadi berjaya.
untuk kamu ingatlah ini,
Andainya ditakdirkan kecemerlangan, itu sebenarnya dari ALLAH,
Andainya ditakdirkan kegagalan, itu juga sebenarnya dari ALLAH ,
TAPI ingatlah walau kita cemerlang atau tidak,
berjaya atau gagal,
hakikatnya kedua-dua itu pasti ada hikmahnya..
Yang penting,
kita dah usaha yang terbaik dengan kudrat dan iradat yang diberikan ALLAH.
insyaAllah, rezeki itu adalah dariNya juga. Jangan putus berdoa.
Maafkan Hana sebab tidak mampu membalas dengan kata-kata. InsyaAllah, sebaik sahaja sembuh. Hana kol ye. Kita sembang nanti. InsyaAllah. ada hikmahnya. pointer bukan segalanya. nanti Hana ceritakan kenapa pada kamu. InsyaAllah..