Saturday, March 26, 2011

:: KCH 4 : Bila hati mula memberontak ::

Alangkah Indahnya Kalau boleh Dipadam..




Tulis entri panjang berjela, siap dah mula mengarang dalam kepala sebelum tulis. End up, tulis. Kemudian, backspace sampai habis. Kadang-kadang yang tinggal hanya noktah, koma, pembuka kata atau tiada apa-apa.

Tulis entri pendek pun sama. tulis sepatah, dua patah, tiga patah. Puas hati. Post. Sepuluh minit dah rasa tak sedap hati. 'aaa, entri ni mungkin banyak orang akan baca'. delete delete delete.

tak kisah la yang membaca adalah mereka yang sengaja singgah mahupun yang tidak sengaja. kalau yang ditulis itu boleh menambahkan iman mereka dan juga iman aku, maka beruntunglah. Andai sebaliknya, maka rugilah. Yang paling rugi, dah tentu aku. Sebab aku yang menulis. habis tenaga memerah otak untuk mengarang [mse lapang]. Masa pun berlalu begitu sahaja, meninggalkan aku.

Tulis blog. Andai kau tulis untuk memperingatkan diri kau dan disertakan dengan niat untuk memberi manfaat kepada mereka yang membaca, mudah-mudahan Allah akan memberikan ganjaran yang setimpal. Setimpal dengan apa yang kau niatkan.

Kalau lah dosa yang dicatatkan oleh malaikat dalam 'kitab kiri' itu boleh dipadamkan, boleh di back space, boleh di delete seperti entri blog, status facebook, twitter dan sebagainya, supaya orang lain tidak tahu, tidak nampak, tidak 'dapat baca', alangkah bagusnya

Tetapi tak akan lah. tak mungkinlah. mustahil lah. Kerana semuanya, telah, sedang dan akan sentiasa direkodkan.

Aku pernah baca satu hadith ini, tak ingat riwayat siapa yang mengatakan bila orang itu berbuat dosa, kemudian diikuti amalan-amalan baik, maka dosa-dosanya itu akan dipadamkan seberapa banyak amalan baik yang dia telah lakukan [betapa lemahnya diri ini dalam mengingati, adakah kerana terlalu banyak dosa]
Untuk diri, bila hati dah tak sedap hati buat dosa tu, cepat-cepat lah istighfar yea hati. Dan jangan lupa diikuti dengan amalan-amalan yang menguntungkan engkau di hari akhirat kelak.


p.s: sedihnya tengok orang-orang zaman sekarang [mungkin juga diri ini] yang macam berbangga-bangga bila buat buat benda yang tak berapa best untuk ditunjukkan........ noktah akhir

No comments:

Post a Comment

HRMIS - Kemaskini Diskripsi Tugas

Assalamualaikum semua. Sekarang kebanyakan penjawat akan sibuk mengisi Deskripsi Tugas di dalam HRMIS. Jadi di sini saya nak kongsikan cara ...