Sunday, March 27, 2011

:: KCH 5 : Aku ada kawan ::


Aku ada kawan. Perempuan. Beberapa bulan yang lepas, dia telah disahkan oleh doktor bahawa dia menghidap satu penyakit ni. Disebabkan ketidakseimbangan hormon tertentu dalam badan.

'kamu sepatutnya datang enam bulan yang lepas, ' kata doktor

Maka, dia terpaksa makan macam-macam ubat. Tabah nya dia, sebab dia tak pernah merungut dan mengeluh. Tak pernah sedih di depan kami-kami. Bila bercerita, relaks je. Cool. Berat mata kami yang memandang, berat lagi bahu dia yang memikul. Kami yang mendengar ni air mata dah bergenang dah. Dah jadi sebak. Sampai satu tahap, dia pula menghiburkan hati kami.

Tapi aku tahu, di belakang kami, dia ada juga nangis. Tapi sikit dan sekejap je. Sebab susah nak tengok dia menangis. Kecuali sekali, ketika kucing kesayangannya di kampung sudah mati. Oh ya, dia pencinta kucing. Aku anggap kucing-kucing dia mati sebab rindukan tuannya. sebab rindukan dia. Sebab masa tu kami sama-sama sekolah asrama penuh [ di utara sne]


Dia antara yang paling sayang. Kalau nak diikutkan bahasa cinta mahupun sayang, aku telah meletakkan hati dan sayangnya aku pada dia. Pada masa itu hati aku sudah mengatakan bahawa dialah shabatku dunia akhirat. Tetapi yang paling aku kesalkan, aku lambat 'detect' tanda-tanda yang dia sedang sakit. Kalau perasan pun, aku tidak terfikir bahawa sudah sampai macam tu. Bila baca results dia yang terdiri daripada bermacam-macam test, aku beristighfar panjang-panjang. Betapa aku ini kawan yang kurang sensitif dengan orang-orang sekeliling. Aku juga menyesal, sebab tidak menjadi orang pertama dalam teman dia pergi jumpa doktor, cek darah atau tolong belikan ubat di farmasi.

Ni lah di antara kawan yang aku sayang sampai akhirat, yang sangat-sangat redha dengan ketetapan dan ketentuanNya. Aku berharap aku akan lebih berusaha dan beramal untuk masuk syurga, supaya nanti dapat jumpa dia.

awak, saya sayang awak.

'Dugaan yang berat, untuk hamba-hamba Dia yang hebat'

so true.


Jadi mulai dari itu, aku mula mengambil berat akan rakan disekeliling aku terutamanya bagi teman yang aku panggil rakan mahupun sahabat. Aku kini bukan lagi diri dulu yang sekadar berkwan dan tidak peka akan keadaan teman2.. Aku mahu menjadi seperti dia. Yang mana selalu menemani aku dikala aku kesunyian, menasihati aku,memotivasikan aku tatkala aku berputus asa, yang memarahi aku bila aku tidak ingin mencuba. Tapi kini aku tak mengerti bagaimana ada sesetengah pihak yang mempermainkan2 nilai sebuah persahabatan atau ukhwah itu. Bagi aku, ukhwah ini adalah lebih suci daripada 'cinta'  yang selalu membutakan manusia Sememangnya mereka yang begini sebenarnya tidak pernah merasai bahagia sebenarnya iaitu kasih sayang dari seorang sahabat yang sejati




aku mahukan yang sebaliknya

=====



Hargailah apa yang ada, sebelum kita menyedari bahawa kita sudah kehilangannya buat selamanya

p/s : Ana rasa, hari ni nak tulis blog je.Nak tulis semua benda yang ana telah rakam dalam peti memori.

No comments:

Post a Comment

HRMIS - Kemaskini Diskripsi Tugas

Assalamualaikum semua. Sekarang kebanyakan penjawat akan sibuk mengisi Deskripsi Tugas di dalam HRMIS. Jadi di sini saya nak kongsikan cara ...