Hidup ini indah seadanya ~ |
Malam ini sayu. sunyi. Seolah tiada lagi dunia dan gembira buat aku. Hidup bertemankan komputer riba dan telefon bimbit keluaran nokia, aku merenung jauh ke atas, melihat langit malam. Cuba mencari, melihat2 jika ada bintangnya di atas sana. Cuba mencari ketenangan. Bagi mengubat hati ini. Berada pada waktu sebegini seringkali membuatkan aku bermonolog sendiri. Kadang2 aku terasa seakan dunia ini tidak adil bagiku. Insan2 tersayang seolah-olah telah mengorak langkah. Pergi meinggalkan aku. Pergi tanpa kata. Aku menerima seadanya seandainya itu yang tersurat bagiku. Ingin aku hiburkan hati ini dengan mengonlinekn diri di facebook, tetapi ternyata itu tidak cukup untuk membuatkan aku tersenyum kembali.
"sesuatu yang tak disangka,
seringkali mendatangi kita,
itukah suratan dalam kehidupan,
atau sekadar satu kebetulan......
yup, satu kebetulan... mungkin ianya kebetulan. tapi sayang. Saat aku benar2 memerlukan. semuanya lari bersama harapan yang aku berikan . Cuma yang tinggal pada aku kini adalah secebis harapan palsu. Yang aku pura2 hasilkan supaya ia berhasil. Mungkin ini nampak kebudak-budakan tapi aku percaya manusia berubah dan kadang2 aku terfikir. bila mengelamun dalam dunia fantasiku, aku seakan lupa dengan segala masalah yang menimpaku.Tenggelam dalam fantasiku. kalaulah aku perlu mati untuk orang yang aku sayang, mungkin itu perkara pertama yang aku buat. dan hidup dalam diri orang2 yang aku sayang supaya aku dapat rasa apa yang dia rasa. makan apa yang dia makan. suka apa yang dia suka. tidur bila dia tidur dan berdoa untuk dirinya.. paling penting aku sayang pada diri aku. kerana sayang pada diri aku sendiri ketika itu bererti sayang kepada dia. janji untuk setia.sayang selamanya.....
Hati dan perasaan sukar diduga~ |
p/s : sekadar mencuba bakat menulis.
No comments:
Post a Comment