Hari ini kelas habis seperti biasa. Tetapi keadaan aku dalam menempuhi hari-hari ini terasa berat. Seakan ada gunung yang diletakkan dibahuku. Terlalu berat dugaan kali ini. Kini aku merasakan aku tidak mampu lagi untuk menahannya sendirian. Lantas, aku merenung ke langit kerana tatkala aku merenung ke atas sana ia dapat memberikan aku kepuasan dan kelegaan.
Hadir sahaja di pintu kelas, mood aku untuk belajar seakan pudar. Senyuman yang dilemparkan tidak lagi rasa ringan seperti dulu. Berat sahaja mulutku untuk menuturkan kata-kata.
Tiba2, mata aku menangkap sesuatu, "Fikrah :Maulidur Rasul vs Valentine." Lantas aku membuka naskah itu, aku baca satu persatu.
Terharu..Hati aku menangis sendiri tatkala membaca kisah menceritakan peribadi si Dia kekasih hati, Rasulullah s.a.w. Betapa sabar dan tabahnya baginda. Meskipun dilempar tahi unta, dilontar batu sehingga berdarah baginda masih bersabar. Walaupun pada ketika itu, malaikat memohon agar menurunkan bala bagi membalas perbuatan kaum itu. Baginda tidak mengizinkannya. Bukan setakat itu sahaja, tetapi baginda terus berdoa kepada Allah, memohon ampun atas kelemahannya yang gagal mentarbiah golongan tersebut.

Ya Allah, betapa mulianya pekerti kekasih yang aku cintai. Ingin sekali aku memperoleh kekuatan sepertimu., ya Muhammad Tetapi aku hanya manusia biasa. Yang hanyut dengan perasaan tatkala dirundung masalah......... Betapa rapuhnya hatiku, keimananku.. Ini ujian dariMu . Maka Ya Allah, berikanlah aku kekuatan dan kesabaran dalam menempuhinya....
Janganlah dengan nikmat kurniaanMu membuatkan aku lalai.. |
*****bersambung nnt dgn crite ukhwah*****
No comments:
Post a Comment