Tuesday, March 8, 2011

:: KCH 3- Beritahulah aku tentangnya ::



Berterus terang itu membuatkan hati yang lain tenang...
Ingatlah bahawa yang lain juga punya hati dan perasaan...

***********************************************************************************


" kalau xnak, tak payah lah kawan"
aku faham ianya cuma gurauan, dan hanya sekadar kata-kata dimulutnya,
tapi aku tidak tahu kenapa hati masih terasa
terkadang aku terfikir,
apabila hati masih lagi terasa dengan gurau senda sahabat, tingkah laku,
apakah itu beerti aku masih belum cukup berlapang dada?
tapi aku merasakan gurauan itu ada hadnya
aku tidak pernah main2 dalam bersahabat
aku boleh terima seandainya gurauan itu memperkotak katikkan aku atau apa2 pun
tapi seandainya gurauan itu melibatkan sesuatu spt ukhwah
aku tidak boleh menerimanya
apatah lagi jika gurauan itu dari orang yang aku rasakan penting dalam hidupku
abah selalu kata, "dalam bersahabat, jangan rapat atau sayang sangat kawan tu, sebab kalau dilukai, luka tu akan tinggal pedih"
tapi di sini aku merasakan sesuatu yg lain
malah aku merasakan ukhwah itu sesuatu yang manis
dan aku fikir, kerana hebatnya ukhwah itu,
aku tidak pernah merasakan kebosanan di sini lagi seperti mana yang dikatakan yang lain
malah aku sgt suka dan cinta suasana yg dialami di sini..

ukhwah, mungkin aku belum mengenalmu
mungkin aku sedang belajar mengenalmu

dan sahabat
mungkin sebenarnya aku yang selalu melukaimu
mungkin secara tidak sedar akulah yang berkasar denganmu
mungkin selalunya aku melupaimu sebagai sahabatku
aku memohon maaf

tapi di sebalik kata2 itu
ada juga aku terfikir,
mungkin ini nasihat Allah untukku
mungkin memang betul yang kami takkan bersahabat lg selepas ini
mungkin maut akan menjemputku bila2 masa
takdir yang engkau tetapkan begitu rahsia sampaikan aku tak terteka apakah ia

"sesungguhNya Engkau tahu bahawa hati-hati ini telah bersatu"

dan Engkau juga tahu seandainya hati2 ini tak bersatu
maka, tolonglah satukanlah hati2 ini

Jika tidak, aku rela melepaskan..

Kasih sayang dan cinta itu tidak boleh dipaksa..

p/s: aku masih mencari ....

No comments:

Post a Comment

HRMIS - Kemaskini Diskripsi Tugas

Assalamualaikum semua. Sekarang kebanyakan penjawat akan sibuk mengisi Deskripsi Tugas di dalam HRMIS. Jadi di sini saya nak kongsikan cara ...