Sunday, May 8, 2011

:: Cintaku 100% ::

Kontroversi... mengikut roomate nak buat juga kontroversi juga la.. nak tau ape? Klik jea kt ctu. Dia lagi hebat bab2 mencipta kontroversi ni... hehehe...

Tadi ana mengajukan soalan kepada dia. Sambil tersenyum die berkata, soalan nih mesti ade pape.. hehe. merah pipi die. Tersengih2.. nak tau x apa yang ana tanya die.. yang buat die tersengih smpai sebegitu skali? Awak sayang saya x? Kalau sayang berapa percent? hehehe.. xdela gurau saje. plik pla bunyinya... ;P itu second question. First question yang ana tnya, awak sayang mak abah awak macam mana? dan bila dia menjawab, " sayang tu tak perlu nak dihuraikan... [setelah ana mendesak] banyak percent..... dri situ ana tau die anak yang baik dan sangat sayang mak dan abah die. Buktinya. Setiap kali balik bercuti. Tak nak balik kampus semula. Kami serupa. ^^

tapi yang pasti ana nk tulis tentang CINTA 100%.

Andai ada yang bertanya, berapa peratuskah cintamu untuk ayah ibumu?
Pasti jawapanku, 100%.
Andai ada yang bertanya, berapa pula peratus cintamu pada suamimu nanti?
Pasti jawapanku, 100%.
Andai ada yang bertanya, berapa peratuskah cintamu untuk rakan-rakanmu?
Pasti jawapanku 100%.
Andai ada yang bertanya, berapa pula peratus cintamu untuk saudara seakidahmu?
Pasti jawapanku, 100%.

Andai mereka bertanya, lalu berapa pula peratus cintamu untuk dirimu sendiri?
Pasti jawapanku, 100%.
Andai mereka keliru lantas tertanya-tanya, masakan begitu?
Bukankah setelah dibahagi, cinta itu pasti berkurang peratusannya?
Pasti jawapanku, beserta senyum malu-malu,
Ada satu di dunia ini, walau dibahagi seberapa banyakpun, ia tetapkan sama..
Tidak berkurang walau sedikitpun,
Itulah CINTA…

Anugerah paling berharga dari Yang Maha Esa.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Aku di sini..

Aku mula mencari titik mula. Aku mencari rahmat dan belas ehsan-Nya. Aku mencari kasih-Nya yang sempurna. Dan aku merasakan hati dan jiwa mula bersatu dengan diri yang hilang tadi, mulai tenteram.