Saturday, February 26, 2011

:: BIG - sgt2 BEsT ::

Salam. 
Hari ini hari sabtu kan? xcaye. Cube tgk kalendar tu. Agak2 kelabu [translation 'blur'].
Rasa penat semalam belum hilang.
Sangat2 seronok. Tau apa yang paling ana seronok.
BIG. [Bina insan guru] program yang wajib kami pergi. Dikira mata kreditnya. Sangat2 seronok. hanya itu yang mampu diluahkan. Yang lain2 xdapat ana luahkan dengan perkataan. Semuanya akan menjadi memori terindah.

For sure, the first day sebelum kami bertolak ke BIG de Taman Pertanian. Mengemas~Ana dan rumate tercinta sibuk2 pilih baju dan barang2 yg perlu dibawa. Wajib dibawa, harus dibawa, sunat dan xperlu bawa. Berjela2 list yang dibuat. [hehehe, mcm2]. First time juga kami cube muatkan segalanya dalam beg hiking yang dibeli bersama. ;)

2.40 petang bertolak dari IPG KDRI- SEKAYU
sangat2 gembira + nervous + excited dan tersengih2 sampai ke telinga. 3 bas kesemuanya. 1 bas alatan dan 2 bas student. MATH 1 dan MATH 2 bergabung sekali lagi.. YEay.. Luv math.


meskipun bas student sains rosak selepas beberapa minit kami baru bertolak, kami tetap semangat. Sebenarnya ana agak cuak jga. Takut dengan pacat dan lintah. Maklumlah sekarang nih hari selalu sje hujan.

>><<  Aktiviti pertama~ Pasang khemah. Sangat2 seronok. Belajar pasang khemah. Senang jea rupanya. [khemah moden]. Muat untuk 6 orang. Ye ke? X termasuk ngan beg2 lagi. muat x rasenya?

>><<  memasak secara bergotong-royong. kelas ana ditugaskan memasak. First time masak mcm ni. Sebelum ni masak pun paling ramai untuk 20 orang jew. Nasib baek sedap. takut2 juga ade yg sakit perut pla nnt. Alhamdulillah semua makan hingga tray kosong. ;)

>><<  Sentry. Jaga malam. Hari pertama lagi dah dapat tugas. Bertugas jge malam dari pkul 12-2. Malam esoknya 2-4 dan malam seterusnya 4-6. Macam mana la ana bertugas. tersenguk2. Mengantuk . Xtahan. Mata rasa seakan nak letak mancis jea jd tongkat tahan mata.

>><<  Tazkirah dan kuliah subuh. Jurulatih dan kem komandan. Maafla sebab saya antara yang tersujud waktu kuliah subuh tu. hehehe3. [sgt2 ngantuk + letih]

>><<  Jungle-Trekking.~ beyond my expectation. Ana ingatkan jungle trekking nih sekadar masuk hutan dan lalu denai2. Xsangka pula ada part lompat2, terjun situ, sliding sne sini. Siyes penat. Tapi walaupun penat tetap enjoy. Seronok jga.Walaupun trekking kali ini ambik masa lebih lama dari yang sepatutnya, disebabkan terdapat rakan2 yg sakit, muntah2 dan nak  pengsan, xkurang juga dengan yang terlompat2 sebab ade pacat di kaki dan kasut. [sgt2 indah memori itu]

>><<  Water confident~ aktiviti ini yang paling ana suka. Berenang. YEay. awal2 lagi da kna turun air. Mula2 takut jga. Takut ade pape yang bahaya dalam air tu. Berjalan randuk air awal2 tu naseb baek best fren ana ade disisi. TQ banyak2. Sebab klu x, x mungkin sy berani jalan sampai penghujung. Tasik dalam.Xnmpak dasar die. Xbpe suke. Tp disebabkan masuk ramai2 dgn kawan2. dah lupe pasal itu semua. Tahniah kepada kawan2 yang dah mula pandai berenang. Dan memang xtvt ini amat2 best. Terkejut jga bila lihat best fren ana antara yang terawal naik ke tebing. Kata xpandai berenang? he3..

>><<  Kayak-thon. Amat2 pnat. Walaupun kalah, at least ana dapat lihat positive side benda2 nih sume. Semangat kawan2. First time berkayak. memang pening kepala nak navigate. macam2 gaya dan kerenah ade. Tak terkira lagi dengan kayak yang terlekat/tersekat dalam lumpur dan di tebing. Amat susah tau nak berkayak. Amat respek pada mereka yang selalu berkayak. ;)

>><<  Naik kereta api bertali. Tapi bagi ana nih lebih kurang macam 'sleep walking'  beramai2 jea. Mostly mata nih ditutup sambil berjalan. memang respek pada diri sendiri masa itu. Nasib baik x masuk longkang atau lubang2 mane2. Klu x ade free show domino la.. hehehe..

>><<  Malam persembahan~ memang kelakar. Semua team ade kelebihan masing2. Paling menyentuh jiwa. Klass matematik 1 pnye persembahan. Sedih jea. Cam nak nanges jea. Malam tu semuanya adalah spontan. Maluu.. hehe~ tpi ade baeknya juga. at last dpt tgk sape yang berbakat. xjdi judge knalah pegang watak perempuan geng ah long. huhuuh~ maluuu... itu jea yg mampu kata. ;P

Amat best BIG kali ini. Kalau bley nak jea gi lagi skali. Tp nnt nak buat yang aktiviti water confident jea la. heheehe.. Terima kasih kepada kawan2 terutama best fren ana yang selalu ade bagi semangat. ;) sayang kamu semua.

4 hari 3 malam. Tamat sudah. Nak tido pla sekarang. memerlukan rehat yang cukup. assignment yang menimbun + Aktiviti khidmat bakti coming soon. yeay. Tido.Tido. Tidoo... ZZZZzzzz..

Without friends, life is impossible. ;) Luv you friends


:: Senyum riang ketawa ::

Salam.

Dah berhabuk blog nih. Kejap yea nk bersihkan. .. urm, dah. lamanya ana tidak meng'update' wall post. Sangat2 busy. Dengan pelbagai aktiviti dan Big games yang sedang menanti giliran untuk diselesaikan. Dari semudah2 aktiviti hinggalah aktiviti padat yang memerlukan disiplin dan komitmen yang tinggi.

Alhamdulillah. Action song berlalu sudah. Tidak mengharapkan kemenangan tetapi ingin membuat yang terbaik. Itu sahaja yang mampu kami harapkan. Tibalah hari keputusan diumumkana... " The second runner-up for action song competition is PISMP MT SEM 1. HOoray.. Sgt2 excited + terkejut. Memang tidak diduga. Jika dilihatkan memang terlalu banyak peserta yang masing2 hebat dan mempunyai kelebihan tersendiri.

Pasukan White Eagle wanita. =)

HOKI.
Open Terengganu.
Memerlukan stamina yang amat tinggi. Lawan 5 sebelah.  Termengah2 ana.  Diri ini mulai minta dimanja. Cedera? Tidak ada yang terluka . Cuma lebam2 akibat terlanggar, dipukul, dihentam dan macam2 di.... lagi.


Sukan merapatkan hubungan kami.~

4 Penjuru.~IPG KDRI + IPG KSMB + IPG KKB + IPG KTAA
Perlawanan sengit. Mantap dari semua perserta. Tahniah kepada yang berjaya. Sangat2 hepi dapat bermain menentang pasukan yang berjaya masuk final open terengganu. Ternyata kelebihan umur dan pengalaman berpihak kepada mereka. Ana amat2 gembira menyertai pertangan ini. Meskipun pasukan kami kalah 0-2 dan hanya layak mendapat tempat kedua. Amat berbangga dengan ahli pasukan kerana ternyata practice make perfect. Semua bermain dengan baik. Strategi kita mantapkan lagi yok. Kumpul pengalaman ni. k.

Setelah penat ~ berjalan sepasukan.

Wednesday, February 16, 2011

:: Dengan redha, aku bersyukur ::

Salam. Sudah lama rasanya tak update blog . Busy dengan bermacam tugasan dan latihan.
Ditambah pula dengan keadaan kesihatan yang kurang mengizinkan.[Terima kasih kepada rumate yg sentiasa membantu ana tika senang atau susah, yang sentiasa bersabar dengan sikap ana]

Ujian. Dugaan. Berbagai jenis yang menimpa. Bertimpa-timpa. hanya itu yang dapat ana luahkan disini.



Berbual bersama teman membuat ana sedikit sebanyak dapat menghilangkan perasaan sedih kehilangan telefon. Sebenarnya yang paling ana sedih sekali ana telah hilangkan satu benda yang penting bagi ana. Buat pertama kalinya ana mendapat hadiah sebegitu daripada seorang sahabat. Sangat terharu bila first time dapat. Setiap hari ,masa dan detik dipakai dijari. Tapi kini, hilang. Semasa kelas ana masih lagi memegang benda itu. Sbab terlalu sibuk pada hari itu, ana tersedar benda itu hilang disaat ana bersiap sedia hendak join pertandingan action song. Puas dicari. Bagi ana itu adalah satu-satunya benda yang terpenting. [Mungkin ini yang dikatakan tiada jodoh]. Yang sentiasa menemani diri ini.[meskipun  baru shj dibeli] Tiba2 rasa kurang berkeyakinan. Mungkin ini hanya perasaan ana sendiri. Tp antara kehilangan handphone dan cincin itu. Cincin itu yang paling terkesan dihati ana.


Handphone dicuri. Saat ini ana rasa sedih sangat2. Masalah sebelum kehilangan benda itu belum lagi selesai, ditambah pula kehilangan benda itu sebab tercicir dan kecurian telefon [belajar menerima] Bertimpa2 jatuh tangga. Tapi semasa latihan , seorang teman kelas menasihati ana supaya bersabar, redha dengan ujian yang diturunkan olehNya. Itu adalah untuk menguji keimanan kita. Kata2 dia membuatkan ana muhasabah diri. 



Sepatutnya aku bersyukur kerana aku hanya kehilangan benda yang kecil [bknlh nk menyombong]. 
Kerana disaat aku kehilangan telefon,ada yang lain kehilangan orang yang tersayang. 
Disaat aku kehilangan benda yang paling disayangi, ada yang lain kehilangan iman.
Disaat aku diuji perkara sebegini, ada yang lain lebih besar dugaannya.
Disaat aku diuji sakit sebegini, ada yang lain lagi teruk sakitnya. 
Ya Allah, ampunkan aku. Tabahkanlah hatiku agar disaat aku menerima ujianMu, aku tidak lagi mengeluh. 
Ya Allah, sekiranya sakit ini yang Kau datangkan padaku, jadikan ia sebagai penghapus dosa aku yang lalu.
Aminn..



p/s: maafkan aku sahabat. Disaat aku menyakitkan hatimu, kamu measih bersabar menunggu disitu. Membantuku ketika ku susah. Sesungguhnya di saat aku membuat kamu berkecil hati , saat itu aku dikawal syaitan dan nafsu. Maafkalah aku.

Monday, February 14, 2011

:: Its Life that going crazy ::

Lately I'm being busy wif the school works and training.Bandit, personal things, family, friends and of course assignment. Being cope up with all of these? Like crazy right.  
And yes, sumtimes i wish to ask stress to stay away from me. or maybe it just that everything was wrong. In life i want to at least lend a hand and make peace. Especially when you are a student, for sure you didnt want to have a fight wif ur classmates,friends, lecturers or etc. I dont wantto lose anybody in my life but if they're leaving me, I'll be ok aftersometimes. ;)

Having all of these things in my head make me, to give up on things that i want for the sake of others. Stupid. [Been said by one of my friend]. Yes,taking this too serious. I cant change it still.


Sharing? Yup. I share. Everyone knows me. I used to share it wif the one that i trust [very few] But for now, i'm not ready to messed one's life wif my problem been spoken out. They have they own life too to be think of. Besides, i dont want to let trust that were given is being betrayed again and again. Its hurt . Badly. sob3 ;( A paper that been crumpled will never get back beautiful as its original back again ryte?

And now, i want to lead a life that stress free. I know that mankind cannot live alone. We need someone in our life. But for now, i dare not to take the risk of letting a person break my heart once again. Its Ok for me to be alone now. I need time to understand everyone around me. And i hope they understand me.


I dont want to lose anybody but
The most things that i can be is NOBODY..

Wednesday, February 9, 2011

:: Ada masanya ::

:Ada masanya kita perlu menangis agar kita tahu dunia bukan hanya untuk ketawa.



Ada masanya kita perlu ketawa agar kita tahu betapa bernilainya setitis air mata.


Ada masanya kita perlu ada seorang teman agar kita tidak kesunyian dan ada masa kesunyian membuat kita tidak akan pernah lupa betapa bernilainya seorang teman.::


TERIMA KASIH KAMU .

Monday, February 7, 2011

:: Senses ::

Gunakanlah nikmat kurniaanNya sebaiknya.

:: bermulanya hari ::

salam .
hari ini secara rasminya pagi tadi ana memulakan kehidupan sebagai seorang insan yang bergelar bakal guru/ guru pelatih. Rasa penat yang baru tiba pagi tadi belum lagi let go. But luckily i have a 'booster' to keep me going on. hehehe. i like being back in blok ct fatimah wif my rumate tersayang. Meskipun terlambat . But better late than never kan? ;))

secara rasmi bergelar guru pelatih maknanya secara rasminya jadual ana akan kembali padat. Dengan pelbagai aktiviti. Kuliah. Latihan hoki. Senamrobik. Action song. aktiviti sendiri. Aktiviti kami berdua. Aktiviti itu. Aktivitit ini. Banyak kan? Meskipun penat, bagi ana ini adalah peluang untuk merasai kegembiraan, kegirangan dalam masa yang singkat ini. Setiap hari ana suka bangun dan memerhatikan keadaan sekeliling. Bersyukur dengan peluang yang diberikan olehNya bagi meneruskan sisa-sisa kehidupan bagi seorang insan yang berhati beku. Tekad ana azam ini adalah satu. Dan sesungguhnya Dialah yang Maha Mengetahui. Moga segalanya diperkenankan olehNya dan segalanya tercapai apabila tiba masanya nanti. Ana tengah mempersiapkan diri menerima segala kemungkinan.

Menanti esok dengan sabar. ^^








Saturday, February 5, 2011

:: Bulan dan Matahari ::



sentiasa ada di atas sana. Lihatlah ke langit!
Aku sekarang adalah Bulan...
Dan tempatku pulang tentulah malam...
Kau tahu betapa setia malam menantiku kembali?
Ya, malam selalu membiarkan ku melakukan apa yang aku suka.
Aku bisa bermain seharian untuk kemudian tertidur dalam pelukannya.

Malam selalu yakin, sejauh apapun bulan berlari, dia tentu akan kembali, 
meskipun hanya untuk merebahkan lelah yang kemudian membuatnya mampu berpetualang di keesokan hari.

Tapi malam tak pernah marah.
Malam selalu menunggu.
Karena malam begitu yakin bahawa hanya ia tempat bulan pulang

Pergilah........
Yang sudah terjadi biarkan saja terus begitu.
Waktu......
hal itu yang tak kan pernah mungkin kita kalahkan.
Waktu yang berlalu ternyata menunjukan bahawa jalan mu bukan jalan ku.

Hadirnya menerangi alam

Kerana kamu adalah siang....
maka carilah mataharimu.....
kerana aku adalah bulan,

dan malam sedang menungguku kembali pulang.


:: Belajarlah ::

Pengalaman itu adalah sesuatu yang indah meskipun pahit cerita yang kita lalui itu.

Friday, February 4, 2011

:: Ingatlah 5 Rahsia ::

Mencari bahagia itu tidak susah. kitalah yang harus berusaha mencarinya kerana Dia sudah menciptakannya

Ingatlah lima rahsia sederhana untuk menjadi bahagia:

1. Bebaskan hatimu dari rasa benci.
[belajar untuk memaafkan yang lain kerana itu sifat yang terpuji. Sifat rasulNya]

2. Bebaskan pikiranmu dari segala kekuatiran/kerunsingan.
[basahkanlah bibir dengan zikir, dekatkanlah diri kepadaNya dengan beribadah]

3. Hiduplah dengan sederhana.
[carilah rezeki yang halal, peliharalah tingkahlaku, dan perhubungan]

4. Berikan lebih banyak (give more)
[ringankan tulang dengan rajin menghulurkan bantuan. Bantulah yang lemah.]

5. Jangan terlalu banyak mengharap (expect less)
[Untuk mencapai kesempurnaan itu adalah sikap yang baik, namun untuk menjadi sempurna itu tidak mustahil. Bersabar dan insyaAllah, kita akan mencapainya]

sesungguhnya Dia lebih Mengetahui yang baik buat kita.

:: kerana aku tidak seperti yang lain ::

Setiap insan mempunyai rasa kasih dan sayangnya.


Kepada kamu yang selalu saya sayang,

Pelbagai suka duka telah kita lalui dan kongsikan bersama. Dan ini mengukuhkan lagi persahabatan kita. Meskipun satu hari nanti, kamu merasakan diri ini tidak menyayangimu. Ingatlah bahawa itu tidak benar kerana aku amat menyayangimu, mungkin kerana aku tidak pernah atau jarang sekali melafazkan sayangku kepada seorang sahabat sepertimu. Kerana sesungguhnya aku tidak pandai dalam melafazkan dan menunjukkan sayangku kepadamu. Aku tidak seperti yang lain.

Terima kasih atas apa yang diberikan olehmu kepadaku. Kenangan kita bersama sungguh indah sekali meskipun bagi yang lain hal itu hanya kecil tetapi tidak bagi aku. Meskipun banyak perkara yang berlaku kamu masih disitu, menanti dengan penuh sabar. Terima kasih. Dan aku mengagumi kamu . Persahabatan kita bagaikan memberi aku sinar,nafas dan semangat untuk meneruskan perjuangan. Perjuangan aku sebagai bakal guru adalah lebih manis dengan kehadiranmu disisi. Terima kasih. Kamu telah mengajar aku untuk mencari dan mengenali diri aku sedikit demi sedikit. Sememangnya aku lebih yakin dengan adanya kamu disisi. Kerana aku tidak seperti yang lain.

Hari-hari terpentingmu. Disaat kamu buntu.Disaat kamu memerlukan seseorang. Maafkan aku kerana tidak berada bersamamu disaat aku menjanjikan begitu. Maaf jika dirimu pernah ku kasari dan sakiti hati kecil itu. Namun ketahuilah, bahawa apa yang aku beri itu adalah ikhlas dariku meskipun tidak seberapa . dan hadiah itu juga.

Andainya aku pergi, kamu akan menjadi orang yang akan sukar untuk ditinggalkan.

Andai aku pergi, aku ingin kamu terus berjuang dan Berjaya mencapai cita-citamu, menjadi guru yang terbilang. Kerana aku percaya kamu mampu

Hadiah itu aku hadiahkan kerana seandainya aku pergi dahulu gunakanlah ia sebaiknya. Sampaikanlah ilmu yang bermanfaat dari itu kerana dengan itu aku berharap akan memperoleh syafaat di sana kelak.

Hadiah yang aku hadiahkan itu mungkin tidak secantik yang kamu harapkan. Atau tidak scomel yang kamu sukai. Namun aku berharap kamu menerimanya . 


p/s : Persahabatan itu lebih indah setelah apa yang kita lalui bersama.

:: Monolog hati insan ::

salam..
Harapan yang besar...Cita-cita .. Impian... dan dari bisikan hati yang paling dalam...mampukah kita melakukannya sekali lagi? Berpatah balik bermakna menerima malu? tidak mengalah kerana ego? Atau pernahkah kita mendengar dengan situasi 'padan muka'?

Dunia itu ibarat laut yang dalam. Dipenuhi ombak dan ranjau yang merupakan ujian kepada kita, manusia

Pernahkah kita merasai perkara-perkara sebegini. Bagi ana,pernah. Terutama apabila diri ini dirundung masalah. Hati yang beku semakin bertambah kedinginannya. Perkara ini mungkin pernah bermain di fikiran semua, tetapi kita malu untuk berkongsi kerana kita tidak mahu disaat itu, kata-kata kita yang dahulu kita anggap benar adalah salah sama sekali. [Hurm, mesti ada yang pening2 lalat dengan pernyataan ini kan.] mungkin dengan contoh lebih senang difahami. [fikir2.. mencari contoh yg terbaik.].
  
[contoh yang termudah, ringkas dan difahami]
Di saat kita membuat sesuatu keputusan seperti ingin membeli laptop/handphone/mp3 dll. Ramai yang terdekat dengan kita [kawan, ibu bapa, adik abang kakak] mengatakan jenis itu adalah tidak berapa elok. Tetapi kita tetap berkeras mahu membelinya kerana bagi kita itu yang terbaik. Akhirnya, apabila rosak, kita berasa takut untuk memberitahu mereka. Takuwt dikatakan 'padan muka' . Dimarahi dan sebagainya. [berlaku sms kanak2 dahulu. Kering gusi bila terkenang]


[contoh yang lebih berkait dengan diri remaja-cinta]
Jiwa remaja sentiasa bergelora bila dikaitkan dengan cinta. Cinta monyet. Puppy love dan macam2 lagi. Contoh bg topik ini. Ketika memilih pasangan atau ana lebih gemar mengguna 'teman'. Disaat semua yang lain berkata 'TIDAK" dengan perhubungan kita [bagi teman yang obviously tidak baik spt penagih dadah, perompak,pelacur dll.] kita masih dengan pendirian kita bahawa itulah yang terbaik untuk kita,dialah yang ditakdirkan untuk menjadi teman hidup dan kita lebih mempercayai si dia daripada kata-kata ibu bapa, kawan2 dan sebagainya. Semuanya dicurahkan kepada si dia. Bayangkan di saat berlaku sesuatu yang tidak diduga, yang melukakan, menyakitkan hati kita. Pasti sukar untuk kita berkongsi dengan seseorang yang kita percaya kerana sesungguhnya kita takut akan terkena "padan muka" itu.

jangan sesekali menzalimi dirimu.

Namun percayalah bahawa kadang ini hanyalah perasaan yang bermain2 dalam diri kita. Bagi yang mempunyai masalah, carilah seseorang untuk berkongsi kerana memendam itu akan memakan diri. Berkongsilah tidak kira dengan ibu bapa, keluarga, sahabat, kawan, yang tersayang ataupun dengan diari. [jaga diari dengan baik klu nk tulis yea] .lagipun kita lebih mengenali siapa yang ingin kita kongsikan suka dan duka. [TQ kepada yg selalu mendengar].Disamping itu, ini dapat mengukuhkan kepercayaan kita, mengukuhkan tali kekeluargaan mahupun tali persahabatan. Sesungguhnya sesuatu itu akan menjadi indah sekiranya dapat diluahkan. Moga segalanya mempunya "happy ending".


p/s : sekadar luahan rasa yang tiba2 terasa pada petang ini.

:: yang lebih Susah ::

♥♥♥♥♥♥♥♥
♥♥♥♥♥♥
♥♥
♥♥
  ♥♥  


Yang indah hanya sementara,…

Yang abadi adalah kenangan,…

Yang ikhlas hanya dari hati,….

Yang tulus hanya dari sanubari,….

Tidak mudah mencari yang hilang,….

Tidak mudah mengejar impian,….

Namun yg lebih susah mempertahankan yg ada,….

:: Bila hati mula bicara ::

Pernahkah hati berkata2 sendirian tanpa kita menyedarinya. Hati berbisik mahukan itu dan ini. Nafsu meronta minta dipenuhi. Disaat ini akal dan iman yang perlu menjadi peneraju diri. 
[skdr intro pendek]...


Berbicara mengenai calon suami/isteri yang diidamkan, topik ini selalu shj menjadi topik yang hot dibualkan terutama bagi yang sudah mencapai usia yang bermula dengan digit 2 dihadapan [20,21,22,23.....]. Kawan2 ana juga tidak terkecuali kadang2 membisikkan kata hati mereka disaat kami berbual. Mendengar penuh minat dengan apa yang dikatakan mereka. Tumpang gembira mendengar cerita teman yang sudah menemui cintanya, menyokong teman yang masih mencari cinta , dan tahniah kepada teman yang sudah menemui cinta dan mengikatnya dengan satu ikatan yang suci.

Manisnya cinta dengan akad
Disaat seronok mendengar, tiba2 diajukan soalan. Terdiam seketika. Memikirkan apa yang patut dikatakan, kerana selama ini hal ini jarang2 sekali berlegar di kotak pemikiran. Soalan yang ana klasifikasikan sebagai cepu emas. [kering gusi slps itu.. =D]. Memerlukan masa sebentar. Fikir2.

Teman hidup yang diidamkan? [lama memikirkan , akhirnya baru dpt post entry ini]

hurm, apa yang dikehendaki oleh ana adalah simple.[simple atau tak. Lihatlah sendiri yea] Ana tidaklah terlalu memilih seperti mahukan putera raja, anak orang kaya ke, putera mcm dalam fairytales ke, tak2 itu bukan ciri utama... bagaimana mahu diceritakan? Topik sensasi ini.=) [skdar tersenyum]


sesungguhnya Dia lebih Mengetahui yang mana baik untukku..

Ciri2 nya... 

1. Seseorang yang taat kepada perintahNya [tidak semestinya perlu bersongkok atau berkopiah sepanjang masa] supaya SELEPAS KAHWIN dia dapat membimbing ana ke jalan yang diredhai.

2. Seorang yang bersederhana dari segi rupa, penampilan dan perwatakannya supaya SELEPAS KAHWIN dia dapat menasihati ana yang sepatutnya . serta dirinya sejuk untuk dipandang di mata seorang insan bergelar isterinya [wanita tidak pernah terlepas dari melaram]

3.Kaya hati budinya supaya SELEPAS KAHWIN dapat mendidik ana menjadi isteri dan ibu yang terbaik.[InsyaAllah, moga dikurniakan zuriat penyambung keluarga yang ramai]

Tadaa!! tengk simple kan? Tapi ini hanyalah ciri utama yang ana idamkan. Ciri2 yang kecik2 pn ade.


>> mencintai ALLAH,RASULULLAH, IBU DAN AYAH . 
>>yang dapat menjadi sahabat,teman,suami,bapa yang bertanggungjawab 
 supaya SELEPAS KAHWIN rumahtangga itu lebih bahagia
>>dapat menerima diri ana seadanya 
supaya SELEPAS KAHWIN lebih mengenali dan menyayangi.
>>tidak mengajak membuat sesuatu yang tidak disukai atau keadaan serba salah
[amat tak suka lelaki jenis ini, maaflah.]
>>tidak merokok atau suka berfoya 
supaya SELEPAS KAHWIN duit 'rokok' boleh disimpan buat anak2.
[ org ini tak sayangkan dirinya. Lagipun ana mahu menjaga kesihatan keluarga. tak salah kan?]
>>seorang yang menjaga auratnya 
supaya SELEPAS KAHWIN dia dapat menjadi contoh teladan yang baik kepada anak2. 
[tidak memakai seluar pendek tak kiralah sama ada ketika bermain atau di rumah]
>>mementingkan keluarga dahulu sebelum rakan dan minat 
supaya SELEPAS KAHWIN anak2, mak ayah terpelihara kebajikannya. 
[Bukannya masa banyak dihabiskan di kedai kopi, atau menonton bola bersama kawan.]

Inilah ciri2 yang diidamkan.Namun ana sedar ana bukanlah insan yang terbaik untuk mendapat yang terbaik akan tetapi ana akan terus mencuba untuk menjadi yang terbaik untuk memiliki yang terbaik kerana sesungguhnya

Sedangkan perempuan-perempuan yang baik untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik". [Surah al-Nur, ayat 26]

“Kadangkala Allah sembunyikan matahari, Dia datangkan petir dan kilat. Kita menangis dan tertanya-tanya, ke mana menghilangnya sinar. Rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi…”
sesungguhnya jodoh itu adalah ketentuan Tuhan. Kita hanya mampu merancang. Moga dikurniakan jodoh yang baik, soleh/solehah. Aminn...






p/s : meskipun mengubah seseorang itu adalah lebih baik, namun aku masih belum kuat untuk itu. Aku memerlukan seorang teman yang mampu membimbingku kerana sesungguhnya dialah imamku,suamiku,sahabatku...

entry terpanjang pula kali ini. Maafla..

:: Sebuah ikatan ::

salam.
Tersenyum gembira.
Esok seorang lagi schoolmate ana bakal menamatkan zaman bujangnya. [Terasa amat tua pula.. ;P. Rata2 kawan2 ramai yang dah berkahwin]. Perkahwinan pengantin perempuan di Rawang. Yang sedihnya, ana tak dapat menghadirkan diri kerana terpaksa pulang ke negara pengajian..eh, negeri pengajian. TERENGGANU. Sekolah sudah hendak dibuka. Jadi bakal cikgu ini kenalah pulang ke kampus tercinta. =p Hurm, kalau nak diikutkan hati memang tak mahu ana pulang sana sebab nak hadiri kenduri fizah.. Tak sangka + terkejut = Tumpang happy. Hati ini berhasrat untuk menjadi yang pertama wish selamat pengantin baru. harap-harap berjayalah yea.

Percintaan itu adalah lebih bahagia dengan adanya ikatan perkahwinan.


Sebut pasal kahwin. Topik yang memang selalu akan melekat-lekat [dikaitkan yea..] dengan seorang bakal guru. Bak kata pensyarah ana, masuk maktab ini adalah satu pakej. Bertuah kepada yang terpilih.[ bg ana tidak bila dikaitkan dengan perkara sebegini] 

              pakejnya : 
                 1. Dapat elaun.
                 2. Terjamin kerja
                 3. Pekerjaan mulia
                 4.Dapat menjadi pencinta kanak2 [cikgu sekolah]
                 5. Dapat cari jodoh [kurang stuju sedikit ttg ini]
                 6. Keluar da terjamin akan dapat semuanya. [ Kereta + rumah skali ke?]

sekali bila memikirkan tentang hal ini, sememangnya buat ana kering gusi. Bagi ana buat masa sekarang, mahu menumpukan kepada pengajian, family dan parents tercinta, adik-abang-kakak, kawan2, sukan, aktiviti luar, haiwan, tumbuhan, dan yang paling penting blog tersayang nih. Banyak kan komitmen ana. Jadi mungkin belum tiba masanya lagi untuk ana mencari seorang teman hidup. [usia masih belasan lagi ;P. Muda.] Lagipun ana masih mencari yang memenuhi ciri-ciri yang dikehendaki. [bukannya memilih, tetapi lumrah manusia untuk mencari yang terbaik. =D]...


p/s : Zaman kini mudah mencari dan mendapat cinta, ramai yang layu dengan cinta tetapi begitu sukar untuk mendapat dan mempertahankan cinta yang sejati. Cintakan bunga bunga akan layu, cintakan manusia manusia akan mati. Mencintai Ilahi itu adalah cinta yang sejati dan abadi. Kejarlah cinta Ilahi.

HRMIS - Kemaskini Diskripsi Tugas

Assalamualaikum semua. Sekarang kebanyakan penjawat akan sibuk mengisi Deskripsi Tugas di dalam HRMIS. Jadi di sini saya nak kongsikan cara ...