Friday, February 4, 2011

:: Monolog hati insan ::

salam..
Harapan yang besar...Cita-cita .. Impian... dan dari bisikan hati yang paling dalam...mampukah kita melakukannya sekali lagi? Berpatah balik bermakna menerima malu? tidak mengalah kerana ego? Atau pernahkah kita mendengar dengan situasi 'padan muka'?

Dunia itu ibarat laut yang dalam. Dipenuhi ombak dan ranjau yang merupakan ujian kepada kita, manusia

Pernahkah kita merasai perkara-perkara sebegini. Bagi ana,pernah. Terutama apabila diri ini dirundung masalah. Hati yang beku semakin bertambah kedinginannya. Perkara ini mungkin pernah bermain di fikiran semua, tetapi kita malu untuk berkongsi kerana kita tidak mahu disaat itu, kata-kata kita yang dahulu kita anggap benar adalah salah sama sekali. [Hurm, mesti ada yang pening2 lalat dengan pernyataan ini kan.] mungkin dengan contoh lebih senang difahami. [fikir2.. mencari contoh yg terbaik.].
  
[contoh yang termudah, ringkas dan difahami]
Di saat kita membuat sesuatu keputusan seperti ingin membeli laptop/handphone/mp3 dll. Ramai yang terdekat dengan kita [kawan, ibu bapa, adik abang kakak] mengatakan jenis itu adalah tidak berapa elok. Tetapi kita tetap berkeras mahu membelinya kerana bagi kita itu yang terbaik. Akhirnya, apabila rosak, kita berasa takut untuk memberitahu mereka. Takuwt dikatakan 'padan muka' . Dimarahi dan sebagainya. [berlaku sms kanak2 dahulu. Kering gusi bila terkenang]


[contoh yang lebih berkait dengan diri remaja-cinta]
Jiwa remaja sentiasa bergelora bila dikaitkan dengan cinta. Cinta monyet. Puppy love dan macam2 lagi. Contoh bg topik ini. Ketika memilih pasangan atau ana lebih gemar mengguna 'teman'. Disaat semua yang lain berkata 'TIDAK" dengan perhubungan kita [bagi teman yang obviously tidak baik spt penagih dadah, perompak,pelacur dll.] kita masih dengan pendirian kita bahawa itulah yang terbaik untuk kita,dialah yang ditakdirkan untuk menjadi teman hidup dan kita lebih mempercayai si dia daripada kata-kata ibu bapa, kawan2 dan sebagainya. Semuanya dicurahkan kepada si dia. Bayangkan di saat berlaku sesuatu yang tidak diduga, yang melukakan, menyakitkan hati kita. Pasti sukar untuk kita berkongsi dengan seseorang yang kita percaya kerana sesungguhnya kita takut akan terkena "padan muka" itu.

jangan sesekali menzalimi dirimu.

Namun percayalah bahawa kadang ini hanyalah perasaan yang bermain2 dalam diri kita. Bagi yang mempunyai masalah, carilah seseorang untuk berkongsi kerana memendam itu akan memakan diri. Berkongsilah tidak kira dengan ibu bapa, keluarga, sahabat, kawan, yang tersayang ataupun dengan diari. [jaga diari dengan baik klu nk tulis yea] .lagipun kita lebih mengenali siapa yang ingin kita kongsikan suka dan duka. [TQ kepada yg selalu mendengar].Disamping itu, ini dapat mengukuhkan kepercayaan kita, mengukuhkan tali kekeluargaan mahupun tali persahabatan. Sesungguhnya sesuatu itu akan menjadi indah sekiranya dapat diluahkan. Moga segalanya mempunya "happy ending".


p/s : sekadar luahan rasa yang tiba2 terasa pada petang ini.

No comments:

Post a Comment

HRMIS - Kemaskini Diskripsi Tugas

Assalamualaikum semua. Sekarang kebanyakan penjawat akan sibuk mengisi Deskripsi Tugas di dalam HRMIS. Jadi di sini saya nak kongsikan cara ...