Friday, February 4, 2011

:: Ingatlah 5 Rahsia ::

Mencari bahagia itu tidak susah. kitalah yang harus berusaha mencarinya kerana Dia sudah menciptakannya

Ingatlah lima rahsia sederhana untuk menjadi bahagia:

1. Bebaskan hatimu dari rasa benci.
[belajar untuk memaafkan yang lain kerana itu sifat yang terpuji. Sifat rasulNya]

2. Bebaskan pikiranmu dari segala kekuatiran/kerunsingan.
[basahkanlah bibir dengan zikir, dekatkanlah diri kepadaNya dengan beribadah]

3. Hiduplah dengan sederhana.
[carilah rezeki yang halal, peliharalah tingkahlaku, dan perhubungan]

4. Berikan lebih banyak (give more)
[ringankan tulang dengan rajin menghulurkan bantuan. Bantulah yang lemah.]

5. Jangan terlalu banyak mengharap (expect less)
[Untuk mencapai kesempurnaan itu adalah sikap yang baik, namun untuk menjadi sempurna itu tidak mustahil. Bersabar dan insyaAllah, kita akan mencapainya]

sesungguhnya Dia lebih Mengetahui yang baik buat kita.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Aku di sini..

Aku mula mencari titik mula. Aku mencari rahmat dan belas ehsan-Nya. Aku mencari kasih-Nya yang sempurna. Dan aku merasakan hati dan jiwa mula bersatu dengan diri yang hilang tadi, mulai tenteram.