Wednesday, February 16, 2011

:: Dengan redha, aku bersyukur ::

Salam. Sudah lama rasanya tak update blog . Busy dengan bermacam tugasan dan latihan.
Ditambah pula dengan keadaan kesihatan yang kurang mengizinkan.[Terima kasih kepada rumate yg sentiasa membantu ana tika senang atau susah, yang sentiasa bersabar dengan sikap ana]

Ujian. Dugaan. Berbagai jenis yang menimpa. Bertimpa-timpa. hanya itu yang dapat ana luahkan disini.



Berbual bersama teman membuat ana sedikit sebanyak dapat menghilangkan perasaan sedih kehilangan telefon. Sebenarnya yang paling ana sedih sekali ana telah hilangkan satu benda yang penting bagi ana. Buat pertama kalinya ana mendapat hadiah sebegitu daripada seorang sahabat. Sangat terharu bila first time dapat. Setiap hari ,masa dan detik dipakai dijari. Tapi kini, hilang. Semasa kelas ana masih lagi memegang benda itu. Sbab terlalu sibuk pada hari itu, ana tersedar benda itu hilang disaat ana bersiap sedia hendak join pertandingan action song. Puas dicari. Bagi ana itu adalah satu-satunya benda yang terpenting. [Mungkin ini yang dikatakan tiada jodoh]. Yang sentiasa menemani diri ini.[meskipun  baru shj dibeli] Tiba2 rasa kurang berkeyakinan. Mungkin ini hanya perasaan ana sendiri. Tp antara kehilangan handphone dan cincin itu. Cincin itu yang paling terkesan dihati ana.


Handphone dicuri. Saat ini ana rasa sedih sangat2. Masalah sebelum kehilangan benda itu belum lagi selesai, ditambah pula kehilangan benda itu sebab tercicir dan kecurian telefon [belajar menerima] Bertimpa2 jatuh tangga. Tapi semasa latihan , seorang teman kelas menasihati ana supaya bersabar, redha dengan ujian yang diturunkan olehNya. Itu adalah untuk menguji keimanan kita. Kata2 dia membuatkan ana muhasabah diri. 



Sepatutnya aku bersyukur kerana aku hanya kehilangan benda yang kecil [bknlh nk menyombong]. 
Kerana disaat aku kehilangan telefon,ada yang lain kehilangan orang yang tersayang. 
Disaat aku kehilangan benda yang paling disayangi, ada yang lain kehilangan iman.
Disaat aku diuji perkara sebegini, ada yang lain lebih besar dugaannya.
Disaat aku diuji sakit sebegini, ada yang lain lagi teruk sakitnya. 
Ya Allah, ampunkan aku. Tabahkanlah hatiku agar disaat aku menerima ujianMu, aku tidak lagi mengeluh. 
Ya Allah, sekiranya sakit ini yang Kau datangkan padaku, jadikan ia sebagai penghapus dosa aku yang lalu.
Aminn..



p/s: maafkan aku sahabat. Disaat aku menyakitkan hatimu, kamu measih bersabar menunggu disitu. Membantuku ketika ku susah. Sesungguhnya di saat aku membuat kamu berkecil hati , saat itu aku dikawal syaitan dan nafsu. Maafkalah aku.

No comments:

Post a Comment

HRMIS - Kemaskini Diskripsi Tugas

Assalamualaikum semua. Sekarang kebanyakan penjawat akan sibuk mengisi Deskripsi Tugas di dalam HRMIS. Jadi di sini saya nak kongsikan cara ...