Tersenyum gembira.
Esok seorang lagi schoolmate ana bakal menamatkan zaman bujangnya. [Terasa amat tua pula.. ;P. Rata2 kawan2 ramai yang dah berkahwin]. Perkahwinan pengantin perempuan di Rawang. Yang sedihnya, ana tak dapat menghadirkan diri kerana terpaksa pulang ke negara pengajian..eh, negeri pengajian. TERENGGANU. Sekolah sudah hendak dibuka. Jadi bakal cikgu ini kenalah pulang ke kampus tercinta. =p Hurm, kalau nak diikutkan hati memang tak mahu ana pulang sana sebab nak hadiri kenduri fizah.. Tak sangka + terkejut = Tumpang happy. Hati ini berhasrat untuk menjadi yang pertama wish selamat pengantin baru. harap-harap berjayalah yea.
Percintaan itu adalah lebih bahagia dengan adanya ikatan perkahwinan. |
Sebut pasal kahwin. Topik yang memang selalu akan melekat-lekat [dikaitkan yea..] dengan seorang bakal guru. Bak kata pensyarah ana, masuk maktab ini adalah satu pakej. Bertuah kepada yang terpilih.[ bg ana tidak bila dikaitkan dengan perkara sebegini]
pakejnya :
1. Dapat elaun.
2. Terjamin kerja
3. Pekerjaan mulia
4.Dapat menjadi pencinta kanak2 [cikgu sekolah]
5. Dapat cari jodoh [kurang stuju sedikit ttg ini]
6. Keluar da terjamin akan dapat semuanya. [ Kereta + rumah skali ke?]
sekali bila memikirkan tentang hal ini, sememangnya buat ana kering gusi. Bagi ana buat masa sekarang, mahu menumpukan kepada pengajian, family dan parents tercinta, adik-abang-kakak, kawan2, sukan, aktiviti luar, haiwan, tumbuhan, dan yang paling penting blog tersayang nih. Banyak kan komitmen ana. Jadi mungkin belum tiba masanya lagi untuk ana mencari seorang teman hidup. [usia masih belasan lagi ;P. Muda.] Lagipun ana masih mencari yang memenuhi ciri-ciri yang dikehendaki. [bukannya memilih, tetapi lumrah manusia untuk mencari yang terbaik. =D]...
p/s : Zaman kini mudah mencari dan mendapat cinta, ramai yang layu dengan cinta tetapi begitu sukar untuk mendapat dan mempertahankan cinta yang sejati. Cintakan bunga bunga akan layu, cintakan manusia manusia akan mati. Mencintai Ilahi itu adalah cinta yang sejati dan abadi. Kejarlah cinta Ilahi.
p/s : Zaman kini mudah mencari dan mendapat cinta, ramai yang layu dengan cinta tetapi begitu sukar untuk mendapat dan mempertahankan cinta yang sejati. Cintakan bunga bunga akan layu, cintakan manusia manusia akan mati. Mencintai Ilahi itu adalah cinta yang sejati dan abadi. Kejarlah cinta Ilahi.
No comments:
Post a Comment