Pernahkah hati berkata2 sendirian tanpa kita menyedarinya. Hati berbisik mahukan itu dan ini. Nafsu meronta minta dipenuhi. Disaat ini akal dan iman yang perlu menjadi peneraju diri.
[skdr intro pendek]...
Berbicara mengenai calon suami/isteri yang diidamkan, topik ini selalu shj menjadi topik yang hot dibualkan terutama bagi yang sudah mencapai usia yang bermula dengan digit 2 dihadapan [20,21,22,23.....]. Kawan2 ana juga tidak terkecuali kadang2 membisikkan kata hati mereka disaat kami berbual. Mendengar penuh minat dengan apa yang dikatakan mereka. Tumpang gembira mendengar cerita teman yang sudah menemui cintanya, menyokong teman yang masih mencari cinta , dan tahniah kepada teman yang sudah menemui cinta dan mengikatnya dengan satu ikatan yang suci.
Manisnya cinta dengan akad |
Disaat seronok mendengar, tiba2 diajukan soalan. Terdiam seketika. Memikirkan apa yang patut dikatakan, kerana selama ini hal ini jarang2 sekali berlegar di kotak pemikiran. Soalan yang ana klasifikasikan sebagai cepu emas. [kering gusi slps itu.. =D]. Memerlukan masa sebentar. Fikir2.
Teman hidup yang diidamkan? [lama memikirkan , akhirnya baru dpt post entry ini]
hurm, apa yang dikehendaki oleh ana adalah simple.[simple atau tak. Lihatlah sendiri yea] Ana tidaklah terlalu memilih seperti mahukan putera raja, anak orang kaya ke, putera mcm dalam fairytales ke, tak2 itu bukan ciri utama... bagaimana mahu diceritakan? Topik sensasi ini.=) [skdar tersenyum]
sesungguhnya Dia lebih Mengetahui yang mana baik untukku.. |
Ciri2 nya...
1. Seseorang yang taat kepada perintahNya [tidak semestinya perlu bersongkok atau berkopiah sepanjang masa] supaya SELEPAS KAHWIN dia dapat membimbing ana ke jalan yang diredhai.
2. Seorang yang bersederhana dari segi rupa, penampilan dan perwatakannya supaya SELEPAS KAHWIN dia dapat menasihati ana yang sepatutnya . serta dirinya sejuk untuk dipandang di mata seorang insan bergelar isterinya [wanita tidak pernah terlepas dari melaram]
3.Kaya hati budinya supaya SELEPAS KAHWIN dapat mendidik ana menjadi isteri dan ibu yang terbaik.[InsyaAllah, moga dikurniakan zuriat penyambung keluarga yang ramai]
Tadaa!! tengk simple kan? Tapi ini hanyalah ciri utama yang ana idamkan. Ciri2 yang kecik2 pn ade.
>> mencintai ALLAH,RASULULLAH, IBU DAN AYAH .
>>yang dapat menjadi sahabat,teman,suami,bapa yang bertanggungjawab
supaya SELEPAS KAHWIN rumahtangga itu lebih bahagia
>>dapat menerima diri ana seadanya
supaya SELEPAS KAHWIN lebih mengenali dan menyayangi.
>>tidak mengajak membuat sesuatu yang tidak disukai atau keadaan serba salah
[amat tak suka lelaki jenis ini, maaflah.]
>>tidak merokok atau suka berfoya
>>tidak merokok atau suka berfoya
supaya SELEPAS KAHWIN duit 'rokok' boleh disimpan buat anak2.
[ org ini tak sayangkan dirinya. Lagipun ana mahu menjaga kesihatan keluarga. tak salah kan?]
>>seorang yang menjaga auratnya
supaya SELEPAS KAHWIN dia dapat menjadi contoh teladan yang baik kepada anak2.
[tidak memakai seluar pendek tak kiralah sama ada ketika bermain atau di rumah]
>>mementingkan keluarga dahulu sebelum rakan dan minat
supaya SELEPAS KAHWIN anak2, mak ayah terpelihara kebajikannya.
[Bukannya masa banyak dihabiskan di kedai kopi, atau menonton bola bersama kawan.]
Inilah ciri2 yang diidamkan.Namun ana sedar ana bukanlah insan yang terbaik untuk mendapat yang terbaik akan tetapi ana akan terus mencuba untuk menjadi yang terbaik untuk memiliki yang terbaik kerana sesungguhnya
Sedangkan perempuan-perempuan yang baik untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik". [Surah al-Nur, ayat 26]
“Kadangkala Allah sembunyikan matahari, Dia datangkan petir dan kilat. Kita menangis dan tertanya-tanya, ke mana menghilangnya sinar. Rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi…” |
sesungguhnya jodoh itu adalah ketentuan Tuhan. Kita hanya mampu merancang. Moga dikurniakan jodoh yang baik, soleh/solehah. Aminn...
p/s : meskipun mengubah seseorang itu adalah lebih baik, namun aku masih belum kuat untuk itu. Aku memerlukan seorang teman yang mampu membimbingku kerana sesungguhnya dialah imamku,suamiku,sahabatku...
entry terpanjang pula kali ini. Maafla..
No comments:
Post a Comment